Friday, July 6, 2012

Babai krabi, welcome Cameron.

Assalamualaikum teman-teman... Salam syaaban. Ada yang puasa tak? Mek tak puasa. Bendera Malaysia. hahaha #tetiba.

Mood nak update blog memang takda. Sebab baru je habis exam KPSL. Paper hari ke 3 tu mak datuk, macam nak tercabut urat mata cari jawapan. Susah kot. Baru je balik dari Krabi, dah terus exam. Macam nak tergolek badan ni ha. Penat tak hilang lagi. Rumah pon tak berkemas lagi. Dah macam sarang burung. Dah namanya dok umah apartment. Feeling-feeling tinggi melangit la. #over taw. Esok plak nak ke Cameron Highland. Percutian yang tak dirancang. Terpaksa ponteng kelas hari ahad. Mahapkan kami wahai penunggu gua. Eh silap. Wahai lecturer. Masa kat Krabi tu geng V-sixers Eastern wat aktiviti Konvoi Sejuk Eastern ke Cameron Hignland. Asben terus register, esoknya lepas balik dari krabi aku pon proceed payment. Tak larat wooo, tapi bila fikirkan balik baik aku ikut je. Bila lagi nak luangkan masa bersama suami. Dah la asyik sibuk je. nak jumpa pun payah. Aih membebel lak aku ni. So tinggalkan sekelumit kenangan kami dari Krabi. Asal usul Krabi ni adalah crab (ketam). hahahaha Nanti aku upload cerita seterusnya. kena tunggu Misha Omar nyanyi KU SERU. hahahaha Baru la datang seruan aku nak update.


No comments: