Monday, January 30, 2012

Jemputan Umrah

Mahap la, mood nak berblogging dah tarak. Sekarang tengah sibuk menggoogle "jemputan umrah". Yeah, banyak info nak kena cari. Flight, harga pakej, suasana, makanan tu kena jadi no 2 sebab motif utama haruslah ibadah. Kenapa kena google? Harus lah. kena la feeling-feeling macam berada di sana. Ececehhhhh So dah dapat dah apa yang dikehendaki. So far yang paling murah antara semua pakej umrah yang digoogle. Ada yang murah dan yang percuma pun ada, tapi macam buat multilevel pulak. Dapat cari 10orang jemaah, dapat la free pi umrah. Boleh gitu? Ok, mulakan step by step.

Pakej umrah melalui Andalusia.



Alamat : No. 9, Jalan Belangkas Off Jalan Kg. Pandan, 55100 Taman Maluri Kuala Lumpur.
 
No telefon :03-92831588 / 03-92854530

Laman web andalusia : http://www.andalusia2u.com/ tapi dimaklumkan web tengah ubahsuai.


Kursus umrah perlu dihadiri 1 bulan atau 3 minggu sebelum penerbangan yang dikenadalikan oleh Ustaz Daud Che Ngah di Kg Pandan. Checkpoint kat klinik kalau tak silap. Dan kalau tak silap lagi, beliau adalah pemilik Andalusia ni. Mahap la kalau salah info. Pengalaman beliau menguruskan jemaah haji dan umrah di Tabung Haji hampir 30tahun lamanya.


Ustaz Daud bin Che Ngah

Harga pakej yang ditawarkan untuk musim cuti sekolah antara yang termurah yang saya google. RM 5390. Kalau nak dibandingkan dengan pakej lain. Memang ada lagi yang murah  dalam RM 44++ tapi bukan musim cuti sekolah. 

Penerbangan adalah melalui penerbangan Gulf Air. Pesawat ini akan transit dahulu di Bahrain. hasil temuramah dengan orang yang dah pergi umrah dan naik pesawat Gulf Air ni, katanya Bahrain best. Sejuk dan mempunyai pemandangan yang lawa berbanding transit di Dhaka, Bangladesh.
Pesawat Gulf Air


Pramugari Gulf Air. kelassss kau Jah.

Ok, untuk pakej ni adalah selama 14 hari 12 malam. Untuk jadual harian selama 14 hari tu belum dapat lagi. Untuk booking buat umrah ni, haruslah bayar deposit dulu ke akaun Andalusia.  Ok, tu saja. Semua dah diuruskan. So tinggal setelkan passport, gambar, suntikan, visa. Yang akan pergi jemputan umrah ni adalah :

:: Makngah :: Mak :: Tok :: Maksu ::
Love u all so much.



Dengan penuh harapan dan doa, semoga umrah kalian berempat akan dapat umrah yang mabrur dan diberkati Allah. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk mengerjakan umrah tersebut.
 Doakan moga satu hari nanti anakandamu ini akan bertemu jua kebahagiaan di sana.



p/s: All pict Gulf Air, Ustaz Daud Che Ngah dan Andalusia pick from google.




No comments: