Alhamdulillah segalanya dipermudahkan semasa urusan membuat passport. Entah tak tahu macam mana nak cakap. Parking senang, passport pun cepat je siap. Tak plan pun nak pi buat passport semalam. Dah bagitau asben kalau cukup duit memang nak buat passport terus sebab nak pi uruskan borang lawatan ke luar negara. Alhamdulillah dapat rezeki lebih skit. So tinggal nak pi tukar currency rupiah je.
Pi wat passport ni kat Presint 15. Cc pesan suruh fotostat ic siap-siap then 2 keping gambar ukuran passport. Mujur gambar masa nak buat kad nikah tu ada lagi 3 keping. Balun jela gambar tu walaupun nampak muke sekecik apam polkadot. (tipu disitewwww) sampai je sana, cari member yang kerja situ. Mr Z bukan nama sebenar. Asalnya dia ni my customer untuk urusan pencen. Then dia penah pesan kalau nak buat passport jumpa dia. Kebetulan dia sibuk sangat masa tu memandangkan mesin kiosk rosak.
Ya ampun, beribu lemon manusia kat situ. Lastly tunggu kat bilik sabah/sarawak. Kaunter lengang. Mr H bukan nama sebenar panggil la aku. Bila dah terangkan, die pun berbesar hati tolong uruskan borang. Tuhan aje yang tahu gembiranya la hidup. Key in data, cop cari then scan jari. Zup zap zup zap siap.
Then pergi kaunter 6 untuk bayaran RM100 untuk tempoh 2 tahun. Dah siap bayar, Mr H suruh pi lunch. After lunch, datang semula untuk ambil passport. Apa lagi, zasssss terus ke Tutti Frutti. Kali ni cc yang belanja. Auwwwwww manyak syiokkkkkkkkk.
Dah habis makan, datang balik pejabat imigresen then passport siap. Tu la kisah buat passport semalam. Tapi sian tengok orang terlalu ramai sampai panas dalam bilik kaunter tu. Mood tengah feeling-feeling Medan dan Bandung ni.
No comments:
Post a Comment