Thursday, February 23, 2012

#Fakta sebenar lelaki?

Bismillah.
Assalamualaikum.

Baru je masuk opes ni. Tadi pi klinik untuk buat ujian darah. Macam ngeri je nak storykan kisah kat klinik tadi. 4x kena cucuk baru dapat ambil darah. Ngeeeeeeee! Aku memang ada masalah untuk buat suntik-suntik ni. Kecil saluran darah. Ngeh ngeh ngeh. Sama kesnya sebelum-sebelum ni. Masa aku buat suntikan untuk ozon, vitamin dan kolagen pun camtu gak, partner aku cakap susah nak cari urat darah. Lepas habis buat, call asben. Boleh dia gelakkan aku. Cisss! Katanya gemuk sangat. Hello! Katakan tidak, okei.  So, sebenarnya nak cakap tang lain.  Tadi buka emel, hamek kau belambak pulak emel. Kak Yus ada hantar emel, bunyinya camni. Fakta sebenar lelaki. Boleh caya ke? Meh aku bandingkan dengan asben aku.

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari jerrrr. #Asben suka order maggi kari tapi ordernya bunyi camni "B nak maggi kari yang macam cyg masak selalu tu. Yang sedap tu" Kompius jap, selama ni aku masak sama je. Ada resepi rahsia yang aku letakkan masa masak maggi tu. Kehkehkeh iaitu serbuk kari dan serbuk lada serta sedikit garam ye tuan puan. Memang sodap.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…# Diakui sebab kadang-kadang je asben basuh pinggan. Selebihnya, aku yang basuh sebab keje aku kan serve suami.

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi. #betui! Setuju sangat oke. Selalunya kalau aku tengah masak untuk makan malam, time tu asben akan balik kerja. Then datang la dia menjengah kat dapur tu. "Tepi skit. Chef nak masak ni" Tung tang tung tang. "Eleh b ni, bunyi je lebih. Lauk serupa tu jugak" hahaha tapi asben sangat suka masak something yang pelik-pelik. Contohnya kangkung masak blackpaper, sayur campur mix seasoning. Adoi, pening kepala.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…#Oh asben sangat jarang masak tanpa pakai baju dan belum pernah masak sambil hisap rokok.

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…#Asben sangat suka kicap manis cap kipas udang. Telur tu wajib sama ada telur dadar, telur mata kerbau atau telur hancur.

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak. #ni pun betui. Kekadang aku terjerit-jerit suruh dia kecilkan api.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…#hahahaha tak leh blah betul pepatah ni. Tapi memang lumrah asben pun camtu. Pastu cepat-cepat bising suruh wifenya kemas. Dia? Letak je semua dalam sinki.
• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..#ni jarang-jarang berlaku kat asben. Dia akan komplen kalau makanan tu bukan makanan yang dia boleh makan.

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan #yang ni sangat-sangat setuju. Kekadang datang angin dia sendiri nak masak.
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki..

betul x?? #yeah!

No comments: