Thursday, February 23, 2012

Langkawi - Part 5 (Underwater World Langkawi)

Delta motel bersebelahan dengan Underwater World. So sangat senang nak mencari kedua-duanya. Kalau lalu Pantai Cenang, penghujung jalan tu memang Underwater World. Besar gabak bangunan tu.
Sebelah Underwater World adalah Coco Valley. Ni ada maklumat sikit, melalui Coco Valley ni ada laluan khas untuk masuk ke Underwater World. Kihkihkih Tapi sayangnya hari tu kami tak masuk. Sebab..........

Harga tiketnya sangat mahal ok. RM28 untuk dewasa, RM18 untuk kanak-kanak. Syaratnya kena tunjuk ic. kalau untuk foreigner, harganya RM38 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak. Mahal kan? Lagipun dah pernah masuk masa family trip kecil-kecil dulu. So takda la rasa ralat kalau tak masuk pun. kalau kita nak tengok Animal Feeding, ada waktu-waktunya. Bukan setiap waktu binatang tu diberi makanan.

to be continued.


No comments: