Tuesday, March 13, 2012

Langkawi - Part 11 (Eagle Feed)


Ok. Jom sambung mood Langkawi. EAGLE FEED atau sinonimnya kasi makanan kat helang. Selepas destinasi Pulau Beras Basah, kami dibawa ke sini. Dalam 10 minit juga perjalanan. So, mula-mula tu yang kelihatan hanya lautan dan  orang hutan. Siyes lawa sangat pemandangan (jika anda pencinta alam) Masa kami sampai sini, dah ada beberapa buat bot pelancong yang dah ready tunggu helang. Tak lama lepas tu, satu demi satu helang muncul. Dari sekecik-kecik helang hingga la sebesar-besar helang. Siyes memang besar. Asben ada ambil video tapi wife asben ni malas nk upload. Jenuh nak tunggu kalau nak upload video.

KAGUM.

So, sebelum helang-helang tu tiba, kebiasaannya pakcik bot akan keluarkan kulit ayam or lemak ayam then campak ke air. (air? cam kelakar je) Tu semua taktik untuk panggil helang makan. Tak rugi pun ke sini, sekurang-kurangnya kita dapat tambah ilmu pengetahun tentang kehidupan lain. Kalau kita pilih bot private, kita boleh pilih pulau mana yang kita nak pergi. Tapi untuk Eagle Feed ni, dah termaktub dalam pakej RM25 tu.

to be continued..

No comments: