Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

Kereta Sewa Langkawi

Hello, ni out of topik Langkawi sebenarnya. Tadi terajin check semua comment. Baru terperasan ada yang kasi link kereta sewa langkawi. So saya iklan jela ye. Tahap kepercayaan tu kena tanya tuan kereta la ye.


Cara Tempahan
1. Telefon Shamsibah atau Hanafi untuk periksa status kereta.

2. Kalau setuju masukkan RM50 dalam akaun untuk setiap kereta sebagai deposit persetujuan. Kalau 3 buah kereta RM150..kalau 1 buah RM50 je.

3. Masukkan dalam akaun Maybank Berhad 152077401801 Mohamad Hissham bin Mahadzir (shamsibah).

4. Hantarkan bukti pembayaran ke e-mail kelab.skrols@gmail.com atau SMS saudara shamsibah 012-444 0109

5. Sebelum naik feri atau flight sila telefon utk pemberitahuan ..kalau tak call nnti kena tunggu lama la pulak.

6. Deposit akan dipulangkan selepas kereta dipulangkan.

7. Kadang2 tu JPJ/POLIS akan buat roadblock jadi tlg bagitau tahap lesen anda kepada kami. Boleh kami sediakan sticker P pada kereta. Dan anggaplah anda meminjam kereta saudara mara anda di sini dan beritahulah mereka. ^___^

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi :

Shamshibah - 012 444 0109 atau Hanafi 017 256 6834 / 013 435 3413


Kami hanya menawarkan KERETA BARU dengan kadar sehari  dari RM80 sahaja. Kereta yang ditawarkan ialah Mazda2, Toyota Vios, Perodua MyVi Baru.


#selamat berurusniaga

Thursday, March 29, 2012

Langkawi - Part 15 (Bajet Percutian ke Langkawi)

Mahap la pada sesiapa yang dok google percutian bajet ke Langkawi tu. Lambat sikit nak hapdet.

Tiket flight : RM18 per person (return flight)
Kereta sewa (kancil) : RM 50 sehari. So 2 hari total RM 100.
Delta Motel : RM60 semalam. So 2 hari total RM 120.
Cable car : RM 15 per person. (sila tunjukkan kad pengenalan)
Jelajah pulau (Tasik Dayang Bunting, Eagle Feed & Pulau Beras Basah) : RM 25 per person
Minyak kereta : RM40 untuk 2 hari

Breakfast + lunch + dinner (ikan bakar+tomyam+etc)= 3 hari 2 malam for per person RM50.

So total  untuk sorang : RM 183.00 cash.

Tips 1 : Daim kat Idaman Suri lagi murah dalam RM1 dari Haji Ismail Group.

Tips 2 : Coklat Ferrero Rocher dan coklat Kisses kat Haji Ismail Group lagi murah dari Idaman Suri.

Tips 3 : If anda nak cari motel bajet di Pantai Cenang, boleh cuba Amzar Motel. Kadar pun murah tapi maaflah sebab memang tak tahu keadaan bilik Amzar Motel tu camne. Jangan risau, tu macam rumah kedai. Bawahnya ada kedai runcit.



Tips 4: Pada waktu siang, kawasan di sekitar Cenang "mati" dan hanya "hidup" pada waktu malam. Time siang kebanyakannya shopping di Kuah atau jelajah pulau.

Tips 5 : Kalau anda tiba di airport Langkawi untuk mencari kereta sewa, kat situ ada ramai ulat-ulat yang sedang tunggu. So tak perlu risau sangat untuk mencari kereta sewa.

Tips 6 : Makanan seafood sangat mahal di Cenang. Cuba anda teroka di luar sikit dari pantai Cenang tu untuk dapatkan masakan panas yang murah. Saya rasa di sekitar Pantai Tengah pun banyak dan kedai yang kami makan tu pun berhampiran jugak dengan penginapan kami di Delta Motel.

Tips 7 : Bagi yang mahu menginap penginapan tanpa aircond, harap batalkan niat anda supaya cari bilik yang ada aircond. Sangat panas. (Nak tidur malam pun suruh suami buka pintu dan urut tapak kaki, baru boleh lena dengan automatik. kekekekeke jangan tiru bagi yang bukan mahram)

Tips 8 : Di pantai Cenang terdapat banyak motor untuk disewa. So anda boleh jalan skit la untuk cari motor mana yang anda nak sewa. Kebanyakannya adalah scooter. Mudah dan senang untuk dibawa.

Tips 9 : Untuk pergi jelajah 3 pulau (Pulau Dayang Bunting, Eagle Feed dan Pulau Beras Basah) senang kata nak ke Hoping Island la kan, kebiasaannya hotel atau di sekitar Cenang tu memang banyak terdapat perkhidmatan ke pulau tersebut. Paling murah pun RM25. Jangan mengesal kalau kat airport tu depa dok canang "murah ja kak. RM50 ja kita pi jelajah pulau" Mahei ok!

Tips 10: Kalau ke Tasik Dayang Bunting, jangan tunjuk sebarang makanan/minuman/botol susu sebab kat sana banyak sangat monyet masa kat jeti.

Tips 11 : Bawa towel kecil atau spec hitam.

Tips 12 : Di Underwaterworld Langkawi terdapat jalan belakang untuk masuk iaitu melalui pasaraya sebelah Underwaterworld. Jika bernasib baik, guard takda.So boleh la challow masuk free.  Kalau tak bernasib baik, ada guard silalah kamu masuk bayar harga tiket yek.

Thursday, March 15, 2012

Langkawi - Part 14 (last day)

Takda apa nak cakap. Masing-masing kepenatan. Just gambar sekitar airport Langkawi dan tempat pelabuhan kapal-kapal. Siap dah entry Langkawi. Last episod nanti baru la senaraikan harga penghabisan sepanjang kat sana.

Langkawi - Part 13 (Rokok Langkawi)

 Rokok Langkawi agak murah berbanding rokok-rokok di tempat yang tidak mempunyai bebas cukai. Kalau kat KL Dunhill tu harganya RM 10, tetapi kat Langkawi harganya hanya RM 6.40. Jauh beza kan. Ni semua souvenir dari asben untuk kawan-kawan dia. (boleh ek hadiah kasi rokok?) Belum masuk kira aku kasi greenlight lagi untuk dia hisap rokok kat sana. Dah berapa banyak rokok dia beli. Sedozen rokok harganya dari RM 62 - 64 sahaja. Murah kan? Kata asben, tak sedap sangat. Nipis. So, tepuk dada tanya selera.

Wednesday, March 14, 2012

Langkawi - Part 12 (Cable Car)


Perjalanan kami dari Pantai Cenang ke Pulau Langkawi mengambil masa hampir setengah jam. Panas + jalan putar-putar skit. Almaklumlah, bidadari ni manja skit. Tak boleh kena panas. Sebelum sampai ke Cable Car, kita akan melalui hotel-hotel ala-ala 4,5 star la. Tak kuasa mek nak menginap kat situ sebab pemandangannya hanya kapal-kapal dan laut. So kami dah sampai....


KAGUM LAGI.

Sebab abang ni ha. Sangat kreatif. Dia hasilkan corak dengan hanya menggunakan pasir yang diimport. Kalau guna pasit kat Malaysia ni, ada hati tak nak jadi macam abang tu? Sori mori ye. Satu botol tu harganya RM20. Siap tulis nama dan pilih corak yang kita nak. Jakun jap kat situ sampai asben panggil suruh cabut pun masih tercegat lagi kat situ.


Ok adik-adik kakak-kakak sekalian. Ni adalah harga untuk masuk ke Cable Car.

Dewasa : RM 15.00
Kanak-kanak : RM 10.00

Harap maklum ye, kalau pelancong asing, harga adalah double. Cuma adalah beberapa taktik kotor yang "orang tengah" ni buat. Collect duit dari pelancong tapi beli tiket guna ID Malaysia. So dorang dah untung RM 15.00. Tu kalau sorang. Kalau 1 hari tu dapat 50 orang? Kira sendiri.


Ni pakwe+makwe yang tengah keberangan sebab time tu cable car tutup gara-gara tengah diservice katanya. So pulang dengan harapan esok datang lagi. (Sebenarnya masa kerja-kerja maintainance, dorang tengah wat shooting untuk Majalah 3. Pas balik dari Langkawi, ada tertengok Majalah 3 mengenai bagaimana dorang service cable car tu. Ngeri! sebab i kan penggayat orangnya.)


Asben still sibuk dengan hp. Kejap-kejap call in. Adoi! nak bulan madu pun ada gangguan.

Sebelum masuk ke Cable Car ni, harus la beratur dulu ye dik non oi. No potong queue. Setiap gerabak tu boleh masuk seramai 6 orang. Maka masa turn kami, agak kecut perut jugak la nak masuk walaupun dah banyak kali pi cable car ni. Sebab? Saya tak suka tempat tinggi. Si Ameng kuat sungguh menyakat. lagi aku takut, lagi dia sergah. Takpa, takpa.

Untuk sampai di stesen pertama, kami berada di aras ketinggian 652.5 meter dari aras laut. Errrrrrrr, tamau tengok bawah!

Ah, feeling-feeling Ashraf Sinclair & Bunga Cinta Lestari. Kwang kwang kwang. Penampo sedas!


Time ni asben nak ambil gambar. So mak nek ni berdiri kat tengah-tengah jambatan, mengesot sikit-sikit nak sampai kat tepi besi tu. Takut. Lutut dah gigil dah time ni. Ni la first time sampai jambatan ni. Sebelum ni tak pernah sampai. Kalau nak sampai sini harus menapak lebih kurang 3++ kali menapak.


Ok bai. Sekian berita melaporkan dari Langkawi.

to be continued..

Tuesday, March 13, 2012

Langkawi - Part 11 (Eagle Feed)


Ok. Jom sambung mood Langkawi. EAGLE FEED atau sinonimnya kasi makanan kat helang. Selepas destinasi Pulau Beras Basah, kami dibawa ke sini. Dalam 10 minit juga perjalanan. So, mula-mula tu yang kelihatan hanya lautan dan  orang hutan. Siyes lawa sangat pemandangan (jika anda pencinta alam) Masa kami sampai sini, dah ada beberapa buat bot pelancong yang dah ready tunggu helang. Tak lama lepas tu, satu demi satu helang muncul. Dari sekecik-kecik helang hingga la sebesar-besar helang. Siyes memang besar. Asben ada ambil video tapi wife asben ni malas nk upload. Jenuh nak tunggu kalau nak upload video.

KAGUM.

So, sebelum helang-helang tu tiba, kebiasaannya pakcik bot akan keluarkan kulit ayam or lemak ayam then campak ke air. (air? cam kelakar je) Tu semua taktik untuk panggil helang makan. Tak rugi pun ke sini, sekurang-kurangnya kita dapat tambah ilmu pengetahun tentang kehidupan lain. Kalau kita pilih bot private, kita boleh pilih pulau mana yang kita nak pergi. Tapi untuk Eagle Feed ni, dah termaktub dalam pakej RM25 tu.

to be continued..

Friday, March 2, 2012

Langkawi - Part 10 (Pulau Beras Basah)

Horas Pulau Beras Basah. Air masin! Eeuuuu... depa ber3 semua tak mandai air pantai. Gian nak mandi pantai sebab dah lama tak mandi, hambik kau! Air masin + muka jadi gatal-gatal.
Perjalanan dari Dayang Bunting ke Pulau Beras Basah ambil masa lebih kurang 10-15 minit mengikut kelajuan bot masing-masing.

 Aktiviti parasailing. Time ni kan aku tak tahu la berapa jumlah beach boy tu bantai letak harga. Aku dengar depa cakap RM 500. Gila mencekik! Hei korang, dosa taw tipu-tipu harga. Pusing sekali je, harga mencekik.

Asben sangat suka gambar kipas tu. Kecik je pulau tu. Sekitar situ je. Asben tengah tengok ikan kat jeti. 

Inilah ikan-ikan tu. Campak biskut or roti, tak sampai 5 saat serbu. Gambar atas yang kiri tu adalah anak-anak ikan. Banyak sangat oke. Yang berkaler-kaler kuning tu ikan dah besar.


Yang pelik.

Abang ni makan siput yang melekat kat jeti ni. Sedap katanya. "Akak nak try? Sedap kak siput ni" 
Errrrrr, takpa la. Kembang tekak ni ha.

Oh cruise!

to be continued..

Thursday, March 1, 2012

Langkawi - Part 9 (Tasik Dayang Bunting)

Adakah anda nampak pemandangan seperti orang yang sedang mengandung? Inilah Pulau Dayang Bunting. Masa tiba di sini, pakcik bot tu stop enjinbot dan bagi penerangan tentang Pulau Dayang Bunting ni. Asben cakap "Pakcik ni speaking macam nak selamatkan diri dia je." "A'ah kan B. Bukan main cepat lagi dia speaking. Maybe sebab nak selamatkan diri dari digelak pelancong."

Ni dayang membunting coming soon. Ngehngehngeh

Ni dah sampai di jeti Dayang Bunting. Ingatkan masa sampai tu, terus je sampai ke Tasik Dayang Bunting, rupanya kena menapak lagi. Adoi! Penat sangat taw sementara nak sampai ke tasik tu.


MONYET! sangat banyak! Tak sukaaaaaaaaaaaaaaa. Ni la dia kalau bukan pencinta haiwan. Alahai ekau ni monyet, sampai botol air pun ko nak rembat. Kita jangan kacau dorang. Pantang dorang adalah makanan dan minuman. So berjaga-jagalah ye. Sorok dalam beg, kalau tak.......... anda dikejar.

Duta Sheila On 7 Dayang Bunting.


Ni sesi menapak sementara nak ke tasik. Penat! My sis in law sengaja taknak bagitaw yang sebenarnya too many monkey dan jauh nak ke tasik tu.


 Dah sampai pun. Fuhhhhhhh! Macam ni rupanya tasik ni. Masa sampai tu banyak sangat omputih tengah bersidai. Auwwwwww sutun kurita!

MY HUSBAND. 

Info : Air tasik ni rasanya biasa je. Tak manis, tak masin, tak pahit. Macam kita minum air mineral tu. Tapi masa mula-mula nak rasa, was-was jugak la sebab mana la taw dorang ni dah kencing dalam air. Errrrrrrr... Sambil-sambil menyelam tu niat la ye. Niat untuk ape? Pandai-pandai la cari sebab musababnya. Sebelum tu nak diingatkan, kena sewa life jacket. RM 5 untuk deposit dan RM 5 untuk sewa. So masa datang ke kaunter tu, sila bagi RM 10, bila dah pulangkan life jacket tu, orang kaunter tu akan kembalikan semla RM 5.


Masa ni Ameng dan Ling tak nak mandi. So dorang naik Paddle Boat dengan kadar bayaran RM 20. Mengeluh dorang sebab katanya penat sangat mengayuh. Tak boleh nak keluar dari tasik ni ye sebab tasik ni dah dikepung oleh gunung ganang.



Sewa jaket - RM 5
Solar Boat - RM 30 for 30 minit
Paddle Boat - Rm 20 for 30 minit
So berangkat pulang mau tengok helang pulak. masing-masing penat sebab kena mendaki.

Papai Dayang Bunting.

Wednesday, February 29, 2012

Langkawi - Part 8 (Island Hoping)

Seawal jam 9 pagi, kami dah bersiap-siap menunggu ketibaan 'abang van' untuk ambil kami. Bersiap pukul 8.45 pagi, pastu gelabah nak breakfast. Still sempat breakfast, tapi abang van tu tunggu juga la dalam 5 minit. Hehehehe sowwwwiiieeeeee. Sebenarnya semasa kami sampai ke Delta Motel, dah siap-siap bayar harga untuk ke Island Hoping. Harganya RM25. So pada sesiapa yang nak pergi tu, sila cari ejen yang bagi harga murah kay! Sebab kekadang dorang ni akan charge kita lebih hangat daripada biasa kalau kita pun tak biasa. So bila abang van sampai di Delta Motel, kami berempat dah ready dan menuju ke penginapan sebelah Underwater World. Lupa pula nama guesthouse tu untuk ambil mat saleh pulak. "Wow, lawanya spec dia" Hehehe tu la ayat aku masa mula-mula tengok mat dan minah saleh tu. "B, please banje spec macam tu. Rayban"  Tapi dalam gambar ni minah tu tak pakai pun spec tu.

MACAM MANA NAK PERGI KE JETI ISLAND HOPING NI? Ok, begini ye tuan puan. Jika dari tempat penginapan saya di Delta Motel tu, terus je sampai jumpa simpang tiga. Belok kanan, terus je macam hendak menuju ke Awana Porto Malai. So sebelum sampai Awana Porto Malai tu, dah sampai ke jeti ke Island Hoping. Tapi masa tunggu bot untuk ke Island Hoping, panas hati juga la. Hampir setengah jam tunggu baru dapat naik bot. Mana taknya, ada pulak tak "seteru". Haish, nak tak nak kami terpaksa la tunggu. Comel la mat saleh yang naik motor bawa anak kecil tu kan. Siyessssssssss kami jakun, WOW! COMELLLLLLL. Tapi abaikan la tatu badan dia tu.

Ni dah gerak untuk naik bot. Sebenarnya banyak deretan bot yang menanti untuk bawa penumpang ke Island hoping. Kita boleh pilih sama ada nak naik secara berjemaah (murah skit) atau secara ekslusif (private only) tapi bayaran agak mahal la dalam RM 200 or RM 300 untuk 1 bot. Kami? Low budget so ambil la Rm 25 ajo.

*Harus feeling-feeling pemandu pelancong*

Kanak-kanak riang macam baru first time naik bot. Teringat masa pergi Pulau Redang, bot lagi besar. Pulau Redang sangat cantik ok. Lagi boleh nampak jelas coralnya. * tetiba promote pulau redang pulak*
Bila la dapat naik cruise tu?

 Lawa kan? Siyes lawa. Hanya mampu ucap "Subhanallah. Lawanya gua ni" Is it jakun? Tidak.

To be continued..

Langkawi - Part 7 (Dataran Lang)

Wordless wednesday