Thursday, March 1, 2012

Langkawi - Part 9 (Tasik Dayang Bunting)

Adakah anda nampak pemandangan seperti orang yang sedang mengandung? Inilah Pulau Dayang Bunting. Masa tiba di sini, pakcik bot tu stop enjinbot dan bagi penerangan tentang Pulau Dayang Bunting ni. Asben cakap "Pakcik ni speaking macam nak selamatkan diri dia je." "A'ah kan B. Bukan main cepat lagi dia speaking. Maybe sebab nak selamatkan diri dari digelak pelancong."

Ni dayang membunting coming soon. Ngehngehngeh

Ni dah sampai di jeti Dayang Bunting. Ingatkan masa sampai tu, terus je sampai ke Tasik Dayang Bunting, rupanya kena menapak lagi. Adoi! Penat sangat taw sementara nak sampai ke tasik tu.


MONYET! sangat banyak! Tak sukaaaaaaaaaaaaaaa. Ni la dia kalau bukan pencinta haiwan. Alahai ekau ni monyet, sampai botol air pun ko nak rembat. Kita jangan kacau dorang. Pantang dorang adalah makanan dan minuman. So berjaga-jagalah ye. Sorok dalam beg, kalau tak.......... anda dikejar.

Duta Sheila On 7 Dayang Bunting.


Ni sesi menapak sementara nak ke tasik. Penat! My sis in law sengaja taknak bagitaw yang sebenarnya too many monkey dan jauh nak ke tasik tu.


 Dah sampai pun. Fuhhhhhhh! Macam ni rupanya tasik ni. Masa sampai tu banyak sangat omputih tengah bersidai. Auwwwwww sutun kurita!

MY HUSBAND. 

Info : Air tasik ni rasanya biasa je. Tak manis, tak masin, tak pahit. Macam kita minum air mineral tu. Tapi masa mula-mula nak rasa, was-was jugak la sebab mana la taw dorang ni dah kencing dalam air. Errrrrrrr... Sambil-sambil menyelam tu niat la ye. Niat untuk ape? Pandai-pandai la cari sebab musababnya. Sebelum tu nak diingatkan, kena sewa life jacket. RM 5 untuk deposit dan RM 5 untuk sewa. So masa datang ke kaunter tu, sila bagi RM 10, bila dah pulangkan life jacket tu, orang kaunter tu akan kembalikan semla RM 5.


Masa ni Ameng dan Ling tak nak mandi. So dorang naik Paddle Boat dengan kadar bayaran RM 20. Mengeluh dorang sebab katanya penat sangat mengayuh. Tak boleh nak keluar dari tasik ni ye sebab tasik ni dah dikepung oleh gunung ganang.



Sewa jaket - RM 5
Solar Boat - RM 30 for 30 minit
Paddle Boat - Rm 20 for 30 minit
So berangkat pulang mau tengok helang pulak. masing-masing penat sebab kena mendaki.

Papai Dayang Bunting.

No comments: