Tuesday, December 28, 2010

incik nuar

Assalamualaikum..

Pagi selasa..hhuurrmm agak bosan sedikit..kepala aku ni melayang-layang entah mana hala tuju.. Terlalu banyak yang bermain di fikiran aku ni.. Aku teringat dia..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

oldtown cyberjaya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


sg congkak

Terlalu banyak memori aku dengan dia.. Tak terhitung dengan jari.. cewaahhhh.. By the way, syukur alhamdulillah perkenalan aku dan dia since awal tahun 2003 (masa tu kami sama-sama form 5 di SM Teknik Seri Pelindung) sampai la sekarang 28.12.2010 lebih kurang dah 8 tahun usia perkenalan kami.. Aku tak sangka sampai sekarang kami masih lagi dapat mengekalkan silaturrahim.. Kronologi kami :

1) awal tahun 2003
- aku as pengawas sekolah
- dia as pelajar biasa

Apa yang aku masih ingat, detik perkenalan semasa di tangga sekolah depan bilik pengawas. Dia minta no tepon aku tapi aku cakap aku takde telefon.. Then dia pon kasi la no tepon.. 017-******* aku tak ingat dah bape nombornye. Ok fine, perjalanan kami sebagai seorang kawan berjalan seperti biasa. Aku pon tak ingat camne kami jalinkan hubungan as pakwe makwe.. Tiba-tiba pada suatu hari...........................................

.........................."syidah,ade girl cari. Dia kata dia nak jumpa syidah. Budak sekolah Tanah Putih. Dia cakap syidah dah rampas pakwe dia.." AKU? Tak mampu nak cakap pape. Rupa-rupanya mereka ni masih bercinta. Tapi selalu on off. Maksud aku putus dan sambung.. Ok, bukan salah aku. Hihi.. Sebab aku tak tahu..Macam-macam onak duri sepanjang aku berpacaran dengan dia..

2) 2004

Aku dapat sambung belajar di PKB Kelantan. Agak-agak boleh rasa tak apa yang aku rasa? Sedih wokey! Dia pon meneruskan pelajaran di ILP KL. Ni dikira hubungan cinta jarak jauh

3) 2005

The best birthday celebration on my birthday 23 Mac 2005! Dia sanggup datang Kelantan untuk celebrate birthday dengan aku. Dan pada tahun tu jugak aku aku dapat kejutan birthday dari classmate aku. WAKENABEB! haha kalau la time tu makcik ni kayo, nak je aku rakam moment2 tu. Hadiah teddybear coklat masih lagi ada till now. Walaupon dah penyek-penyek kena tindih dengan pelbagai jenis manusia, tapi still lagi aku simpan. Thanks manja!

4) 2006

Bad memory! Why? Pada tahun ni kami telah berpisah. Ya secara rasminya aku telah berpisah dengan dia hanya kerana pergaduhan kecil kami di skatepark Kg Batu, Gombak. Indisen sepanjang perjalanan pulang memang agak bengkek. Malam kejadian, aku ambil keputusan untuk berpisah. Memang masih sayang, tapi kerana ego aku sebab kena marah. Halnya? Just a little bit problem dimana aku menyembunyikan handphone aku. Time tu aku pakai hp sabun.

5) 2007

Kami sebagai kawan dan customer sebab papehal pasal kereta aku selalu refer kat dia.

6) 2008

Pon masih dalam episod yang sama

7) 2009

Masih dalam episod yang sama

8) 2010

Pada tanggal 25 September 2010, aku telah menerima dia kembali setelah 2 tahun aku pegang title single and available. Kenapa aku pilih dia? Aku akan ceritakan pada entry akan datang.

9) 2011

Eh? Belum lagi masuk tahun 2011 dah ade episod?

Takde lah.. aku selitkan jugak jadual perancangan kami untuk tahun hadapan.

16.01.2011 
Insyaallah kami akan mengikat tali pertunangan di teratak ayahbonda aku

27.05.2011
Insyaallah tarikh pernikahan kami

28.05.2011
Insyaallah hari perkahwinan kami dan sambut menantu adik aku.

29.05.2011
Insyaallah majlis perkahwinan yang akan diadakan di teratak ayahbonda mentua aku

1-5.07.2011
Insyaallah honeymoon kami bersama family dia di Sarawak

14-17.10.2011
Pada tarikh penerbangan kami untuk honeymoon kali ke-2 adalah tarikh harijadi dia. So aku pon dah booking tiket air asia awal-awal untuk celebrate birthday and honeymoon di Tawau,Sabah. 

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

1 comment:

aishah jamrek said...

amboi dh ade planner bagai yek.