Wednesday, January 5, 2011

mood blog

assalamualaikum dan selamat malam..

MOOD BLOG? eh, ade kena mengena ke? yes adooo...dah kat sebulan dah hobi aku ni dok hadap blog orang je. Kekadang sampai gelak sakan. Seronok bila dapat info-info yang dapat memenuhi akal.. Antaranya yang aku dapat tahu, kalau kita nak berurusniaga melalui blog atau sebarang jenis perniagaan dalam internet ni, kita perlu daftar dengan SSM untuk declair. Sebab income-income yang kita dapat jana dari hasil tersebut secara tak langsung anda perlu berzakat or bayar hasil. Tapi kalau hasil seciput, tak pasti plak aku.

Dalam kepala aku ni dah bersarang-sarang tebuan mahu berniaga melalui online. Tapi bila dah dapat tahu kena register, kemalasan tahap gaban tu menguasai diri la.. adoiii!  Apa yang aku dapat tahu, redmummy dah banyak dapat income melalui blog beliau. Ade yang sampai mencecah RM10k sebulan,ade yang kurang dari tu jugak. So ape pendapat kalian? Renung-renungkan dan selamat beramal...hakhakhak

Aku masih dalam proses brainstorming dengan incik nuar ni, tak tahu nak mulakan yang mana dulu."yang mana dulu ye B?" takpelah, harap-harap lepas majlis kami, baru boleh plan buat apa yang dah dirancang.

FB oh FB..

Mukabuku? Aku pon tak tahu nak kelaskan FB ni pada pandangan kacamata aku.. Sebab, tanpa FB, sunyi. kerap FB, bosan. So kesimpulannya, aku dah jarang nak update FB dan jarang nak layan chat dan inbox dalam FB. Bukan sombong, tapi tah la. Mood malas tu menguasai diri. Kadang-kadang je aku upload gambar. Kalau boleh, aku nak minda aku kosong tanpa fikir masalah orang lain. Aku penat dengan masalah aku yang belum berkesudahan. Memang la setiap masalah ade jalan penyelesaian, tapi jangan cari penyakit untuk mendatangkan beban masalah orang lain kat diri sendiri. SELFISH? ok, fine.. whatever..Kekadang aku geram bila ada statement mencarut-carut. Consider jugak la kalo spesies kaum adam ni tapi kalau kaum hawa pulak camne?!@$WDASCAFQ#$R@#$%#! Eishh, tolong la.. Awak tu pempuan, tak manis tahu tak?! Jangan nanti dilabel macam-macam baru nak cover diri. Aisehhh, ya ampunnnnn..

god bless u..!

No comments: