Wednesday, December 21, 2011

Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat menikmati kehidupan yang baik. Dikurniakan suami yang baik, keluarga yang baik, kawan-kawan yang baik, semua baik-baik belaka.

Dikesempatan ni saya nak buat pengumuman, saya sangat suka dengan kehidupan saya. Alhamdulillah, harap berkekalan nikmat kurniaan tuhan.

Okeh, tu intro. Sayu hati mek. Sebenarnya mek tanjat taw, tadi mek bukak pesbuk. Ada la orang yang nak add mek. Mek tengok la info orang tu. Mek macam tak caya je bila mek tengok orang tu. Mek panggil asben yang masa tu baru je nak dok kat kusi menikmati makan malam.

"B,mai sini syg. Cuba tengok orang ni. Ni S***** kan?"
"Eh mana la B taw. B takda pun add dia."
"Ada pulak b ni. Cuba B tengok betul-betul,dia dah add B as friend la"
"A'ah kan"
"B, tak sangka kan dia dah berubah. Japgi pas makan syg accept la dia."

Okeh, Sebenarnya orang tu adalah ex gepren asben. Hihihihi cis, dengan sengaja bocorkan rahsia. Sungguh! Dah banyak gilerrrrr berubah. Alhamdulillah, tak sia-sia hidupnya. (Eh,maaf. Statement aku bukan berunsur jahat) Dulu, waktu zaman kegemilangan dia, terlalu banyak peristiwa. Nak ceritakan pun sampai bila-bila tak habis. Kini dia sudah totally berubah. Sudah menjadi isteri yang baik. Sopan bertudung. Akhirnya kau temui jua lelaki yang sudah tertulis di Loh Mahfuzmu. Alhamdulillah. Puan S, saya harap kehidupan anda lebih baik dari hari ke hari.

Pernah sekali kami terserempak kat sebuah pusat beli belah. Kata asben, "cuba tengok tu. S kan?" "Tak nampak pun B!" tiba-tiba dia toleh. Aku? Kecik besar kecik besar je aku tengok dia. Seriously tak percaya. Dia memberikan senyuman manis. yeah,aku ikhlas memperkatakan demikian. Aku dah terlalu lama mengenali dia. Mata mek nak berkaca-kaca ni. Tssskkk tsskkkkk sedih mek. mek terharu.

Mek nak basuh baju dulu la. Hari ni mek masak nasi ayam. Asben mek puji masakan mek. Asben cakap "sedap la makan malam ni. Nasi sedap, ayam sedap, sambal sedap. Tapi kuah tak rasa sangat sebab takda kentang pastu ada kaki ayam". mek jawab "sebab buat dengan penuh kasih sayang". Masa tu hati mek rasa berbunga-bunga. Selera mek tengok asben mek makan. Bertambah-tambah. Mek suka kalau mek masak, asben mek makan banyak. Selalunya memang dia akan bertambah. Apa yang mek bangga dengan asben mek ni, dia pernah cakap yang dia lebih sukakan mek masak dari makan kat luar. Walaupun mek hanya masak nasi lauk kicap dan telur mata kerbau. (menu tu hanya apabila kol 12 malam asben mek mintak makan lagi. mek akan masak macam tu kalau lauk dah habis) Ai lebiu muah muah la manja!

Pastu asben mek cakap lagi, dia cakap masakan mek sedap. Mek sukeeeeee! Sebab mek pun memang tak suka sangat makan kat luar. makan tu memang makan tapi bukan keperluan mek untuk makan kat luar selalu. Sian asben mek, banyak dah seluar kerja yang tak muat. Tapi mek cakap takpa, "nanti syg belanja B seluar baru ye" sebagai hadiah sebab suka makan masakan mek. Jangan salahkan mek, sebab dah memang tanggungjawab mek untuk jaga perut asben mek. Asben mek sangat tak suka tempoyak dan organ dalaman. Sayur-sayur tertentu je yang asben mek makan. Mek suka masak chinese food. tapi asben mek kurang sikit. Asben mek simple je seleranya. Tapi mek tak sampai hati nak biarkan dia makan nasi lauk telur dan kicap je. Mek tukar-tukar jugak la mengikut selera yang mek nak. Mek sedih je kalau asben mek sibuk. Sebab mek takda masa la nak makan sama-sama kalau asben mek sibuk. Biasanya asben mek akan pesan suruh mek makan dulu. Tapi mek lagi suka, mek tarik selimut dan bantal, mek pelukkkkkkkkkk. Lalu mek pun tidur. Hahahahahaha

Eh, itulah serba sedikit kisah asben mek. Dari tadi mek nak stop writing. Nak mandi, basuh baju. Oke, mek stop. Selagi tak stop, mek tak buat kerja. Papai.!

*mek gembira malam ni kena puji............lumpat bintang! mek akan tidur dalam senyuman iman.*


No comments: