Monday, January 30, 2012

Jemputan Umrah

Mahap la, mood nak berblogging dah tarak. Sekarang tengah sibuk menggoogle "jemputan umrah". Yeah, banyak info nak kena cari. Flight, harga pakej, suasana, makanan tu kena jadi no 2 sebab motif utama haruslah ibadah. Kenapa kena google? Harus lah. kena la feeling-feeling macam berada di sana. Ececehhhhh So dah dapat dah apa yang dikehendaki. So far yang paling murah antara semua pakej umrah yang digoogle. Ada yang murah dan yang percuma pun ada, tapi macam buat multilevel pulak. Dapat cari 10orang jemaah, dapat la free pi umrah. Boleh gitu? Ok, mulakan step by step.

Pakej umrah melalui Andalusia.



Alamat : No. 9, Jalan Belangkas Off Jalan Kg. Pandan, 55100 Taman Maluri Kuala Lumpur.
 
No telefon :03-92831588 / 03-92854530

Laman web andalusia : http://www.andalusia2u.com/ tapi dimaklumkan web tengah ubahsuai.


Kursus umrah perlu dihadiri 1 bulan atau 3 minggu sebelum penerbangan yang dikenadalikan oleh Ustaz Daud Che Ngah di Kg Pandan. Checkpoint kat klinik kalau tak silap. Dan kalau tak silap lagi, beliau adalah pemilik Andalusia ni. Mahap la kalau salah info. Pengalaman beliau menguruskan jemaah haji dan umrah di Tabung Haji hampir 30tahun lamanya.


Ustaz Daud bin Che Ngah

Harga pakej yang ditawarkan untuk musim cuti sekolah antara yang termurah yang saya google. RM 5390. Kalau nak dibandingkan dengan pakej lain. Memang ada lagi yang murah  dalam RM 44++ tapi bukan musim cuti sekolah. 

Penerbangan adalah melalui penerbangan Gulf Air. Pesawat ini akan transit dahulu di Bahrain. hasil temuramah dengan orang yang dah pergi umrah dan naik pesawat Gulf Air ni, katanya Bahrain best. Sejuk dan mempunyai pemandangan yang lawa berbanding transit di Dhaka, Bangladesh.
Pesawat Gulf Air


Pramugari Gulf Air. kelassss kau Jah.

Ok, untuk pakej ni adalah selama 14 hari 12 malam. Untuk jadual harian selama 14 hari tu belum dapat lagi. Untuk booking buat umrah ni, haruslah bayar deposit dulu ke akaun Andalusia.  Ok, tu saja. Semua dah diuruskan. So tinggal setelkan passport, gambar, suntikan, visa. Yang akan pergi jemputan umrah ni adalah :

:: Makngah :: Mak :: Tok :: Maksu ::
Love u all so much.



Dengan penuh harapan dan doa, semoga umrah kalian berempat akan dapat umrah yang mabrur dan diberkati Allah. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk mengerjakan umrah tersebut.
 Doakan moga satu hari nanti anakandamu ini akan bertemu jua kebahagiaan di sana.



p/s: All pict Gulf Air, Ustaz Daud Che Ngah dan Andalusia pick from google.




Friday, January 27, 2012

Roti Massimo, minyak masak Seri Murni, Tepung Cap Sauh dan Tepung Cap Kunci

Tak nak komen banyak-banyak tapi betul ke "permainan" depa ni? Tutup mata tanya iman. Hehe



Wednesday, January 25, 2012

Aku

Aku tetap KETAWA walaupun sebenarnya aku MENANGIS. Aku tetap SENYUM walaupun sebenarnya aku KECEWA. Aku tetap KUAT walaupun sebenarnya aku sudah LEMAH. Aku tetap BERSEMANGAT walaupun aku TERTEKAN dengan masalah. Dan yang paling penting aku tetap SABAR dan memandang segalanya baik walaupun sebenarnya hatiku sedang BERGELORA dan MERANA kerana aku yakin Allah swt sentiasa disisi aku setiap masa dan ketika. Ya Allah Ya Tuhanku, kau jadikanlah kesakitan aku ini sebagai penawar dan penghapus dosa kecil. Hanya engkau yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui segala baik buruk kejadian itu. Amin.

Saturday, January 21, 2012

Separuh Jiwaku Pergi - Anang



Untuk kau kawan. God bless u always.

Pramugari koma di tanah suci

Sumber : FB

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.
Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.
Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.
Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.
Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.
Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.
Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.
Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.
Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.
Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.
Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"
“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.
Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.
Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.
Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang puan pergi haji ini?"
"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,
"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.
"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.
"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.
Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.
Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.
Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.
Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,
"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.
Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.
Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.
Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.
"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.
Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.
Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.
Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.
Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.
Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.
Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.
Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.
Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.
Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.
Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.
Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."
"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.
Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."
"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.
Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.
Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?
Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

subhanallah..tolong sebarkan..:) dri Ustaz Nasir

Friday, January 20, 2012

Malaysia Airlines Missing You Flashmob at KLIA



owh! Auw! Camna nak habaq mai ni. Bestnya. 1Malaysia! Part stewardess and steward menari tu rasa macam nak nanges. Cit, terasa diri ni macam baru balik dari oversea bertahun lamanya. hahaha Sob sob sob. Best! best! best! sampaikan cakap kat asben cenggini..............


bole gitu?



Tahniah MAS! Satu usaha yang menarik. Mungkin Firefly dan Airasia pun boleh fikirkan sesuatu untuk buat sesuatu yang lebih menarik lagi kan? Mula-mula musykil jugak, apa itu flashmob? Bila dah tengok dalam youtube, aww best. Macam iklan pulak. Dance and sing and enjoy! And happy too.

p/s: Takziah buat keluarga Encik Pilus kerana telah kehilangan anak bernama Izwan Pilus. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Meninggal hari Jumaat, banyak kelebihan. Innalillah hiwainna ilaihirajiun.

Thursday, January 19, 2012

Kejadian hari ini

Baru balik dari klinik Putrajaya. So doktor dah bagi appointment date. Errr, perlu ke ambil sampel darah? Tak suke :'(. Ok, demi nak tahu kisah selanjutnya, memang kena ambil darah tapi bukan hari ni. Lain kali kekekeke. Ada la beberapa kejadian sepanjang aku tunggu panggilan dari bilik no 7 tu. Kejadian pertama. Sebenarnya ternampak 1 geng berpakaian serba hitam. Musykil! Eh, apasal pulak dorang ni potong queue? Dorang pi kaunter 1 then bagi surat. Dalam hati, "kalau sakit takkan la 4-4 orang tu masuk bilik sekali?" Ok, fine.

Dah setel register, dapat no bilik untuk jumpa doktor. Sengaja je duduk dekat-dekat area dorang. Samil-sambil tu pasang telinga dan buat-buat study mikroeconomi (sengaja bawak sample question untuk study dari layan boring tengok kerenah orang) Then dengar la pakcik tu cakap "dulu masa dia jadi Ketua Pengarah, dia kena tangkap masa tengah memancing kat belakang rumah.....Eh, kenapa SPRM langsung tak senyum? Tak macam polis.... blablabla" Ok, motif? Still musykil siapa dorang ni sebenarnya? Ikut firasat rasanya dorang ni kalau tak sprm, maybe polis or maybe pegawai penjara. Sebab aku ada tengok sorang mamat ni tua bebenor. Maybe pesalah. Pakai tshirt oren sambil tutup dengan sweater.

Doktor pun masuk bilik tu, dorang pun sama masuk berjemaah. Eh, dah syak lain ni. Bila dorang keluar dari bilik tu, aku rasa orang yang pakai baju oren tu adalah pesalah. Sebab salah sorang berbaju hitam tu suruh dia duduk. Muka mamat pakai baju oren tu pun ala-ala pesalah je. Bila dah lama tu, betul la sangkaan aku. Sebelum masuk klinik ada terbaca kat depan pintu masuk tu, kaunter 8 adalah untuk OKU, warga emas, banduan, bla bla.....banduan??


 Gambar ihsan google. Tiada kaitan pun dengan pesalah dalam gambar ni. Sekadar nak menepati ramalan yang pesalah memang memakai baju kaler OREN. hihihihi


Ok, setel cerita banduan tu. Eh, part aku tak habis lagi kan. Doktor cakap dia tak dapat nak pastikan lagi. Next appointment selepas buat ujian darah baru la dapat tau sebab kalau bagi ubat terlebih dahulu, takut ada apa-apa effect pulak kat aku ni ha. Kejadian kedua. Kenapa aku tengok attitude orang yang berpangkat besar ni jarang la yang merendah diri? Sombong pun ada jugak. Mr X ni aku tahu la ko ni pangkat besar, nak wat medical check up untuk naik jusa. Tapi jangan la suka-suka hati nak cepat je. macam orang tak tentu arah. Orang lain pun beratur menunggu jugak. Naik hairan aku dengan dia ni. Doktor tanya surat tu untuk naik pangkat, boleh tak nak mengaku? Dah tentu-tentu dorang tu dah lama buat kerja checkup tu dan dah tahu detail-detail yang diperlukan. Nak kelentong apa lagi?

Ok dah. Nak taip panjang-panjang macam malas pulak memandangkan econ office ni sejuk. Ok bai!



Sekitar my wedding day

 

After dicompilekan semua  gambar-gambar masa majlis tu, ni la hasilnya. Perah otak dan kederat wat video ni semalam. Walaupun 7 bulan dah berlalu, namun sifat 'rajin' menguasai diri. Buat sendiri ok, tanpa mana-mana tajaan. #oh ko feeling ko retis nak ditaja? Hahahaha So gasak la video bercampur baur dengan gambar. (awat pc kat opes ni tak boleh nak tengok any video dalam blog?) haih

Wednesday, January 18, 2012

Kalendar puasa sunat

Untuk dikongsi bersama. Sumber :FB.


Monday, January 16, 2012

16 Januari dalam kenangan

Ulang tahun ke 2 pemergian the only one toki..
16 Januari 2010
Semoga rohnya aman dan tenteram di sana. Al-fatihah........




16 Januari 2011 
Majlis pertunangan yang diadakan di kediaman ayahbonda. 
Semoga kasih sayang dan ikatan perkahwinan kami kekal abadi selama-lamanya. Amin..




Thursday, January 12, 2012

When powerpuffgirl ......


Hasil godek-godek album lama, ada gambar ni. Tah masa bila snap. Kisah kuda laut hijau tu adalah ketika aku+family jenjalan kat Times Square. Kalau tak silap 2009 or 2010. Lupa dah. Masa tu aku baru pas muntah akibat main yang pusing-pusing tapi dok dalam cawan. Apetah namanya. *Malu sebab aku sorang je muntah, sian pak bangla tu kena lap* Tak boleh nak control kepeningan ni. Then dah nekad, tak mau main dah. Bazir je tiket yang dibeli tu. So pi la main pancing-pancing itik tu. Ada abang kat teddy bear tu cakap, kalau nak dapatkan patung, pi pancing itik yang ada tanda X kat atas kepala itik. So aku pun terkedek-kedek pi bayar token then cari itik yang ada kepala X. memang tak nampak sebab X tu hanyalah torehan pisau. So kena perhatikan betul-betul. Uncle dan aunty kat situ dah musykil macam mana aku boleh dapat tau itik yang ada tanda X tu akan dapat grand prize. Hahaha kesiannnnnnnnnn. Habis tu selama ni dah banyak sangat kan makan token free hasil orang yang dah tertipu banyak kali, kali ni biar la cheq plak yang dapat habuan. Sian patung-patung kat situ asyik tergantung je. 

Cari punya cari, ok! dah jumpa. Teng teng teng dengan muka ketat uncle tu kasi patung kuda laut tu. *kawan aku suka panggil anak hijau. Aku terbayangkan toyol..eeeeuuuuuuu* Power tak aku? hahaha sebab tu la aku boleh jadi powerpuff girl. Girl la sangat, tak ayu pong! Dengan bangganya aku kelek patung tu pi main kat tempat budak-budak. naik train slow-slow tu. Bila aku nak blah, aku tengok uncle and aunty tu tengah perhatikan abang kat tempat patung tu. Dorang mesti syak yang abang tu bagitau aku kan. hahahahaha gelak jahat lagi. Abang tu pon buat muka selambak je.

Cadar powerpuff girl tu memang kesukaan aku. Hek eleh, umo dah tak muda ada hati nak feeling-feeling child. Eh, suke hati aku la. Aku memang suka kartun-kartun ni. Masa tu pi beli kat Jusco Equine dengan bakal husband ketika itew *shy shy* Baru la dapat feeling sweet 18 gitew. Aku antara ribuan peminat comforter. Sampai aku dah tak tahu berapa banyak comforter kat rumah tu. Takda ruang nak simpan. Pastu sedekah kat orang daripada tak guna. Ok la tu kan. Nak wat assignment sat. Berehat sebentar bersama perut yang lapar. *Terbangggggggggggg.............Hang Tuah kannnnnnnnn...*

Wednesday, January 11, 2012

Ketahui Waktu Solat Melalui Telefon Bimbit Anda

Nak tahu waktu solat?

Sila dail/hubungi 01548406384 dengan telefon bimbit anda tetapi jangan letak telefon di telinga. Anda cuma perlu perhatikan pada skrin telefon bimbit anda sahaja sehingga telefon anda end call dengan sendiri. Kemudian display waktu solat akan keluar di paparan skrin telefon bimbit anda.

Tidak caj bayaran dikenakan ( Call and End Call - Keluar Waktu Solat ).

Sila share.

Sejenak bersama Ustaz Azhar Idrus







Banyak lagi nak print screen tapi laptop selow melow. HUaaarrrgghhhhhhhhh!!!!!!!! Actually banyak sebenarnya yang kita tak tahu kan walaupun perkara tu simple tapi sebenarnya banyak maksud yang tersirat. Kalau ada yang nak tanya dan tahu lebih lanjut, boleh terjah FB Ustaz Azhar Idrus (Original) ataupun koleksi printscreen soal jawab Ustaz Azhar Idrus (Original) Tengs ya.. *Eh lately banyak postkan sal Ustaz Azhar kan? sebab suke dengar dia celoteh. Ada makna tersembunyi.*

Jodoh yang terbaik:pilihan sendiri atau pilihan keluarga?

Jawab ustaz Azhar Idrus:


Tuesday, January 10, 2012

kisah Samy Vellu

Tadi berFB, dah naik boring mata ni nak logout. Tapi tak jadi, pi news feed semula. Baca la satu ceritera ni sal Samy Vellu. Kelakar giler! Tapi betul ke tak fakta ni,tak tahu la. Cuma buat beronok-ronok cuci tali perut je nak gelak.Cekidautttttttttt



AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU

Samy Vellu akhirnya dan rasmi...nya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.
See More

Beramallah

·Ù •● ♥ Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa... Solatlah walaupun keadaan terpaksa... Puasalah walau keadaan terpaksa... Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa... Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH... Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut.. [Ustaz Azhar Idrus] ♥ ●•Ù 

Sumber : FB

Pesanan untuk diri sendiri......Insyaallah..be a good muslim.amin.

BAUCAR BUKU 1MALAYSIA

Tuesday, january 10, 2012
Posted by : misnah binti ahmad
Attachment :

Kelayakan mendapat baucar buku 1malaysia
1. Asasi  -  sepenuh masa
2. Diploma  -  sepenuh masa/plk/epjj
3. Ijazah  - sepenuh masa/plk/ss/epjj
4. Lepasan ijazah - sepenuh masa/separuh masa
5. Sarjana  - sepenuh masa/separuh masa/epjj
6. Phd  - sepenuh masa/separuh masa

Pelajar yang tidak layak mendapat baucar buku 1malaysia
1. Pelajar yang telah tamat.
2. Pelajar yang mendapat cuti khas (ck) pada semester berkenaan.
3. Pelajar diploma yang telah memohon penerapan ke ijazah semester hadapan dan telah menerima tawaran (pelajar tidak lagi menjadi pelajar uitm sehingga mendaftar pada febuari 2012 nanti).
4. Pelajar di gantung pengajian.
5. Pelajar berstatus gugur taraf (gt) – jika pelajar ditarik semula gt  mereka layak mendapat baucar berkenaan.
6. Pelajar yang telah diberhentikan.
7. Pelajar yang telah menarik diri (md).
8. Pelajar yang sedang menunggu untuk konvo.
9. Pelajar professional.
10. Pelajar pra diploma.
11. Pelajar kolej-kolej bersekutu.

Syarat-syarat untuk mengambil baucar buku 1malaysia
1. Pelajar mesti hadir ke pejabat bendahari zon 18 uitm, intekma resort & convention cetre, shah alam, selangor. Pelajar tidak dibenarkan mewakilkan kepada sesiapa termasuk ibubapa/kawan bagi mendapatkan baucar berkenaan
2. Pelajar diwajibkan menunjukkan kad pengenalan & kad pelajar sebagai bukti.
3. Waktu dan masa untuk mengambil baucar buku 1malaysia adalah  waktu pejabat dan jadual tambahan seperti berikut:

Waktu Operasi Bendahari Sesi November 2011 - Mac 2012


1. Kaunter Pejabat Bendahari Zon18 akan beroperasi pada hari Ahad seperti berikut:

Hari Ahad
Tarikh             Masa
18/12/2011     9.00 Pagi hingga 2.00 Petang
08/01/2012
15/01/2012
29/01/2012
12/02/2012

**Sebarang perubahan jadual adalah tertakluk kepada keadaan semasa dan jika ada sebarang perubahan akan dimaklumkan.

2. Kaunter Pejabat Bendahari

Pejabat Bendahari Zon 18 TIDAK DIBUKA pada waktu rehat.

Isnin - Khamis : 1.00 Petang hingga 2.00 Petang

Jumaat          :  12.45 Tgh hingga 2.45 Petang


Monday, January 9, 2012

Total Quality Pioneer (GURUS IN QUALITY)





Untuk perkongsian ilmu bersama student-student sekalian. 
Kalau ada silap tolong betulkan ye.
Zassssss nak balik. Penat.

Cerciter..jangan gelak. Senyum je.

Menantu Hantu

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".


Sumbangan : Jas
posted by aman @ 9:10 AM     Comments (7)
Wednesday, January 06, 2010

Kisah Buang Bayi

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm. .. Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE.. ..


Sumbangan: Mohd Azizan Hussin
posted by aman @ 9:47 AM     Comments (7)
Wednesday, December 09, 2009

Menantu Yang Luarbiasa

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya- ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi. ..

posted by aman @ 10:52 AM     Comments (9)
Wednesday, December 02, 2009

Pembohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya. ..
dan semua terdiam...


---- sumbangan: Arman
posted by aman @ 2:37 PM     Comments (18)
Wednesday, November 18, 2009

Sejarah Orang Tak Tau

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.


---- sumbangan: Aziz
posted by aman @ 7:44 AM     Comments (7)
Friday, October 30, 2009

Izin Kentut

Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa menit.

Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan ayah di sini?” tanya anaknya.

“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa ayah?”

“Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini”


----sumbangan:Adi
posted by aman @ 8:38 AM     Comments (8)
Wednesday, September 16, 2009

Mertua Vs Menantu

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

Ipoh. Mali! dah ada Tunes Hotel



Hello sayang-sayang. Yeah, Ipoh dah ada Tunes Hotel. Awat dorang tak buat Tunes Hotel ni sebelum-sebelum ni. Cheq selalu turun Ipoh dulu. Tapi kena dok hotel mahai. Sedih betoi cheq camni.
Hohoho dengan pembukan kat Ipoh, boleh la cheq plan pi Tambun. nak taw lebih lanjut tentang Tambun, boleh terjah web ni http://www.sunwaylostworldoftambun.com/ . Patut la cheq pelik awat kat web Tunes Hotel ni promote Ipoh pulak. Apa kaitan Ipoh dengan Tunes Hotel? Rupa-rupanya nak buka cawangan baru. pasni harap-harap Tunes Hotel buka cawangan kat Kuantan pulak ye. Peace-peace-peace! Oh ya, tempat-tempat yang cheq selalu pi kat Ipoh ni tentulah pusat rawatan ozon. Dikendalikan oleh teman cheq. So biasanya cheq akan bermalam kat sana untuk 1 malam. Then esoknya cheq pun balik semula ke KL. Pi sana untuk karaoke then makan nasi ganja. Bukan hisap ganja ok. Nasi ganja sangat familiar kat Ipoh.


Murah kan? Only RM8 aje. So ape lagi, booking la cepat kat laman web Tunes Hotel ni http://www.tunehotels.com/ .


Apabila filem ombak rindu jadi filem bola


Mata yang mengantuk jadi segar.
Mood yang nak tidur je ni akibat Monday Blues jadi geli hati.
Memang pandai sapa yang edit ni.

Saturday, January 7, 2012

Untuk yang memerlukan pasangan hidup


Ayuh belajar ACC 164

bad debt recovered- ini bad debt lama yg kita dah write-off, tiba-tiba bad debt itu kita dapat recovered (kutip semula)item ini tidak akan dimasukkan dalam mana-mana control akaun.

bounce cheque is payment by customer but rejected due to among other customer tak ada duit dalam bank dia, so kira macam dia tak bayar lagi, kita debit balik akaun debit control kita

supplier charge interest, yg ni kita bayar lambat kpd supplier, ia menambahkan hutang kita kpd supplier, so credit creditor control akaun

legal fee to customer, customer lambat bayar, kita panggil laywer keluarkan surat amaran kepada customer, kos surat tu customer yg tanggung, ia tambahkan kos/hutang customer kpd kita, debit debtor conrtol akaun

#ni semua ulangkaji sebab ade test.hahahaha

Thursday, January 5, 2012

Syyyhhhhhhh


Bila takda kerja, ni la hasilnya. Bukak internet tapi nawaitu mata ni tengok hok laing. Huahuahua tu dia! Layan Ombak Rindu sedas. Nur Kasih berdas-das. Hehehe ni hasil kerja download movie dari adik ipar.

Wednesday, January 4, 2012

SENARAI KURSUS BAGI SEMINAR TAMBAHAN PROGRAM ePJJ

Klik di sini untuk maklumat lanjut

Kampus Uitm Shah Alam


AC110 1. AIS 130 - Computer Applications And Communications In Accounting
2. AUD390 - Auditing
3. FAR100 - Financial Accounting 1
4. FAR150 - Financial Accounting 2
5. FAR200 - Financial Accounting 3
6. FAR250 - Financial Accounting 4
7. FAR300 - Financial Accounting 5
8. FAR360 - Integrated Accounting Study
9. MAF280 - Costing System And Planning
10. MAF330 - Financial Management
11. TAX370 - Taxation II
12. MAT112 - Business Mathematics
13. QMT181 - Introduction To Statistics
14. ECO162 - Microeconomics
15. ECO211 - Macroeconomics

AM110 1. ACC114/106 – Accounting 1
2. ACC164 - Accounting 11
3. ECO162 – Microeconomics
4. ECO211 - Macroeconomics
5. MAT112 – Business Mathematics
6. PAD120 – Introduction to Political Science- Asas Sains Politik
7. QMT212 – Business Statistics
8. LAW 245 – Malaysian Legal System
9. LAW309 – Administrative Law
10. LAW379 – Business Law

HM111 1. ACC150/ACC 106 2. ECO 120/ ECO 101 3. LAW 360

BM111 dan 112 1. ACC106 Introduction to Financial Accounting & Reporting
2. ACC116 Introduction to Cost Accounting
3. ECO162 Microeconomics
4. ECO211 Malaysian Economics
5. FIN262 Fundamental of Finance
6. FIN329 Investment Management
7. LAW251 Business Law
8. MAT112 Business Mathematics
9. QMT216 (Introduction to Statistic)

SR113 1. SPS212 Test, Measurement And Evaluation In Sport
2. SPS311 Physical Conditioning
3. SPS321 Sport Safety And Emergency Care
4. SPS241 Professional Activity (Track and field and self defense)

SESI PENGAJIAN 2011-2012 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Atas arahan Kementerian Pengajian Tinggi kepada semua Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia melalui surat bertarikh 15 Oktober 2010 [JPT.S(BPKP)200/400/016/03 Jld.3(27)], Universiti Teknologi MARA akan memulakan Sesi Pengajian 2011-2012 seperti berikut:


Perincian tarikh-tarikh berkaitan akan diumumkan sebaik sahaja Kalendar Akademik UiTM 2011-2012 diluluskan oleh Senat UiTM.

Tuesday, January 3, 2012

Diagram for scarcity, choice and opportunity cost

Gigih menyiapkan tugasan sampai mata rasa makin mengecil. huarghhhhhhh. Tah betul tah tidak diagram ni. Takpe, kalau lect kata correct, good answer maka diagram tersebut tidak akan berubah. This week ada test for account. Bila la nak suke account ni. "Kerna terpaksa, aku rela begini." "Hadap buku account sampai esok pagi." Nak submit assignment, bismillah. (Boleh pulak terperasan terbalik figure untuk clothes and potatoes. Cis! Dah submit, kena submit semula)


Kisah ASB

Selamat tengah hari.... burrppppppppp alhamdulillah. Baru pas melantak nasi+daging kicap+bak choi+bendi=mual nak muntah. Bukan tak sedap, tetiba tekak tak boleh nak telan. Makanan macam tercekik kat kerongkong. Ok, abaikan. Nanti ada yang geli pulak.

Tadi around 11.00am pegi ke ASB. mak datuk nenek atok toki moyang adik kakak abang........... Ramainya bukan main lagi. Beratur sampai luar. Becinta aku nak cari parking. Last-last, call asben. "B, orang ramai la. Tak boleh nak masuk. Kat luar pun ramai yang beratur. Tengok la petang nanti syg try gi pejabat pos. Nape B taknak ikut buat semula buku ASB? Mana B letak buku tu? Sebab B taknak ikut, nanti kalau syg dapat kuar duit ASB, B tak boleh ikut syg shopping taw. Sebab B bangun lewat. Orang bangun lewat tak boleh dapat dividen" Huahuahauhauhauahuahauhauahauhauahuahaua Ade ke spesies camtu?So, panjangkan langkah terus balik semula ke opes.

Tadi aku dah berkira-kira dividen+bonus yang bakal dapat. Alhamdulillah, suke suke suke suke suke. Sebab dah target nak beli Blackberry. Huahuahauhau agak ketinggalan zaman. Tapi berkira-kira jugak, nak blackberry or iphone4. Kelassssssssss bebenor iphone4 tu. Teruja mek tapi harganya maheiii. Baik mek amek ipad2 je. Tapi, bab-bab gadget under Steve Job ni aku serahkan kat asben. Tu part dia untuk membeli. Oh ya, cakap sal dividen ni tadi mek baru check kat web ASB. Ok gak dividen tahun ni. Nak tau?

ASB AGIHKAN PENDAPATAN 7.65 SEN SEUNIT DAN BONUS 1.15 SEN SEUNIT
19 Disember 2011
 
KUALA LUMPUR : Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
Agihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.15 sen seunit berbanding yang dibayar tahun lalu (2010: 7.50 sen seunit).

Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 21% berbanding dengan RM5.82 bilion yang dibayar pada tahun 2010.

Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM628.29 juta oleh PNB.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 7.3 juta pemegang unit yang kini melanggan lebih daripada 95.9 bilion unit ASB.
Sehingga 15 Disember 2011, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM7.19 bilion, di mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion, atau 56.9% kepada jumlah pendapatan kasar. Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM2.25 bilion atau 31.3% kepada jumlah pendapatan kasar tersebut dan selebihnya sebanyak RM0.85 bilion, atau 11.8%, diperolehi melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.
Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember 2011. Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula dari 2002 sehingga 2011.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit. Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB mulai 3 Januari 2012.
Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan bermula pada 21 Disember 2011 sehingga 2 Januari 2012 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.
ASB adalah sebuah tabung ekuiti pendapatan berharga tetap yang disasarkan kepada Bumiputera berumur 6 bulan ke atas. Sasaran tabung ASB ialah menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dan kompetitif kepada pemegang unit dan pada masa sama, memastikan pengekalan modal pada tahap risiko yang munasabah.


Ok, clear tak. Hari tu aku ada buat saving ASB dengan bank Easy RHB. Kawan asben yang promote. Nak harap aku menabung RM100 sebulan pun bencinta. So dengan terikatnya kontrak untuk menabung setiap bulan, maka aku pun menabung la demi masa depan. Huahuahua bunyi niat macam suci je. Ok, bai.