Thursday, January 1, 2015

Mentor KIK

Assalamualaikum w.b.h.

Alhamdulillah. Permulaan yang baik untuk 2015. Setelah sekian lama saya tidak bersua muka dengan mentor KIK saya. Alhamdulillah sekali lagi saya telah diberi peluang untuk berkongsi ilmu mengenai siapa mentor saya dalam bidang KIK.



Tuan Haji Baharin merupakan sifu/mentor/sahabat saya dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Penglibatan beliau dalam bidang KIK seantero dunia. Seorang pesara dan merupakan mantan staff di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Kejayaan demi kejayaan dalam bidang KIK diraih sama ada di dalam mahupun di luar negara. Pencapaian terbesar beliau adalah penerima pertama Anugerah Mentor KIK Malaysia 2014 yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia bersama seorang wakil dari PBT dan seorang lagi wakil dari SUK. Hanya mereka yang layak sahaja akan diiktiraf sebagai mentor KIK. 

Beliau telah menerima 5 pengiktirafan hanya dalam bidang KIK.


  1. Penerima Fasilitator Terbaik peringkat Kebangsaan pada tahun 1999
  2. Anugerah PPT dari DYMM Sultan Selangor pada tahun 2004
  3. Tokoh KIK dari Ketua Pengarah Kastam pada tahun 2009
  4. Anugerah WCO dari Jepun oleh Menteri Kewangan pada 26.01.2010
  5. Anugerah Mentor KIK peringkat Kebangsaan pada 04.12.2014
Beliau telah mempunyai syarikat khususnya untuk pembelajaran dalam bidang KIK

KIK CEKS KONSULTANSI
SSM NO-SA315620-W

NO TELEFON : 012-283 5205 & 019-330 1940


Jadi tidak perlu ragu-ragu lagi tahap kepakaran dan pengalaman beliau membuat projek KMK/KIK/inovasi selama 25 tahun. Saya diberi keizinan oleh beliau untuk mewar-warkan jika tuan/puan memerlukan khidmat sifu/pakar rujuk/mentor untuk kumpulan KIK di jabatan tuan/puan. Perluas dan permudahkan ilmu untuk manfaat bersama. adakah kita memerlukan seorang mentor dalam menjalankan projek KIK? Ya!

Tujuan sistem mentor ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada setiap kumpulan untuk mendapat bimbingan dan tunjuk-ajar dengan lebih terpeinci dari setiap mentor yang dikhaskan untuk setiap kumpulan. Walau bagaimana pun, kumpulan adalah bebas untuk mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan dari mentor-mentor yang lain (dan sebaliknya mentor-mentor yang lain juga boleh memberi tunjuk ajar kepada kumpulan yang lain) mengikut kesesuaian. Berikut adalah beberapa paparan di blog saya tentang beberapa tips dan garis panduan dalam menjalankan projek KIK.





Saya doakan semoga Tuan Haji Baharin diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dalam mengembangkan ilmu pengetahuan tentang dunia KIK. Dan tak lupa juga saya halalkan dunia akhirat ilmu KIK yang saya kongsikan bersama. Terima kasih. 

No comments: