Tuesday, February 21, 2012

Langkawi - Part 1 (Airport Subang, Airport Langkawi & kereta sewa)

Bismillah.
Assalamualaikuam.

Alhamdulillah, setelah sekian lama merancang percutian akhirnya dah selamat bulan madu yang kedua di Langkawi. Awat pilih Langkawi? Sebab cheq nak sangat pergi Pulau Dayang Bunting. Kisah pulau tu akan diceritakan pada slot akan datang. Pada bulan Julai 2011, Firefly ada buat promotion. Langkawi for return flight only RM18. Call asben, dia on. Set untuk 4 orang punya tiket. So dalam pukul 11.30 pagi, gerak dari Putrajaya ke Airport Subang. Perjalanan melalui elite highway dan plus, susur keluar Subang. Tol, dalam RM5.30 kalau tak silap if dari Putrajaya.

Sampai sana dalam pukul 12 tengah hari. Check-in dan asben pergi park kereta di seberang airport. Ni parking koboi namanya. Dalam hati tawakal jela harap-harap tak kena towing. Asalnya flight kami pukul 5.10 petang tapi hari sabtu dapat call dan sms dari Firefly, flight cancel dan diubah pada 1.50 petang 14 Februari 2012. Haaaaa? Ok, boleh la nak chow awal dari opes.

 Sebelum pergi kerja pagi tu, dah siap-siap masak nasi goreng kampung dan ayam masak merah. Bawa bekal untuk makan kat airport memandangkan masing-masing lapar. "Lapar? Ok, sangat lapar" Asben sangat sibuk dengan call. Dalam hati "alaaaaaa, nak bercuti pun busy kalah menteri". Line coverage internet kat airport sangat-sangat la slow. Sakit hati nak tunggu coverage 1 bar pun, bercinta.

See, cheq pi bercuti pakai baju kerja lagi. Sungguh ayu! Ayu ke? kekekeke. Ni kali kedua cheq pi Langkawi naik flight. Kali pertama dulu naik MAS dengan akak, gemop dan dot dot dot. "Akak, jom pi bawak Zara jalan-jalan. hehehe" Service MAS dan Firefly sama je, cuma bezanya Firefly ni flightnya kecil. Guna kipas. Masa nak masuk dalam flight, adoi panas weh. Selagi kipas tu tak gerak, merasa la cacing kepanasan dalam flight tu.

 

Ni kami dah selamat sampai di Langkawi. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 15 minit terasa kejap je. Ameng cakap " nampak je macam 40km/j tapi 480km/j rupanya" Me and asben gelak je. Ni jugak pengalaman pertama asben naik Firefly. Aku? Dah banyak kali dah. Selalunya Subang-Kuantan la destinasi aku. So, kisah kat airport ni pulak ialah kereta sewa. Asben cal his dad "Ayah, pakcik yang dok sini tu .....bla bla bla bla ". Then asben bagitaw, "Okeh, kita tunggu pakcik tu call ye sebab katanya kawan dia ada buat sewa kereta." Ok, tunggu punya tunggu , "Cyg, kereta tu kereta BLM. Sewa RM80 sehari. Tapi kena sewa teksi ambil kat jeti."Tetiba naik awan hitam kat atas kepala aku. " Okeh, tak payah. Kita boleh dapat lagi murah. Cari je kat sini yang sewanya RM50" Dan tetiba lagi (berapa banyak tetiba daaa) ada la sorang pakcik tu umur dalam 40-an datang offer "Dik, cari kereta sewa ke? Kancil nak? Sehari Rm50?" Aku pun rasa macam oke je sebab memandangkan kami bukan nak shopping, just nak pusing-pusing ja. "Jap ye pakcik, saya tanya suami saya jap

"B, pakcik tu bagitaw bla..bla...bla...bla " Asben pun setuju. Aku? Haih, cepat bebenor. Kereta entah elok entah tak. Kami yang gegirl ni tunggu la dalam airport sementara asben pi tengok kereta. 5 minit kemudian, asben gitaw kereta ok. Jom................................

to be continued.


1 comment:

Kereta Sewa Shah Alam said...

Memang best jalan2 kat Langkawi tempat menarik nak jalan2 sure xbosan...