Tuesday, February 21, 2012

Langkawi - Part 2 (Laksa Power)

Kisah LAKSA POWER ni pula adalah disebabkan mak mentua call. "jangan lupa nanti makan Laksa Power kat airport Langkawi tu" Itulah yang menjadi perbualan kenapa Laksa Power yang jadi pilihan. Rasanya sedap jugak, tapi tak la terlalu sedap sampai buat aku terasa nak makan lagi. Tapi yang paling aku suka, port makan tu hanya 2 meter je (anggaran aku la) dari air pantai. Wallaweh, best gila. Sampai aku cakap kat asben, "B, apa kata kita buat rumah tepi pantai. Bestnyeeeeeeee"Jarak tu boleh tengok kat gambar atas ni. Memang dekat sangat. Laut biru. Subhanallah.


Ni la dia Laksa Power yang dimaksudkan tu. Hanya jual guna lori dan ciew betul-betul tepi pantai. Harga boleh besarkan gambar tu untuk tengok dengan lebih detail. So kalau kita dari airport Langkawi, belok kiri dan belok kiri lagi. Teruskan perjalanan ke Pantai Cenang dan hanya 5 minit dari airport je dah nampak Laksa Power. Yang uniknya, tak tahulah apa nama pokok. Cantik je tersusun. Corner baring baik punya. Kihkihkih Pas kami beransur untuk ke tempat penginapan, ramai pula yang datang. Kami ni pembawa rezeki kot. Hikhikhik

to be continued...

1 comment:

mR B said...

Perkhidmatan kereta sewa di kota kinabalu

PENYEWAAN KERETA KAT KOTA KINABALU
NEW MYVI AUTO
RM120Sehari(24jam)
SAGA BLM AUTO
RM100 SEHARI (24jam)


UNTUK PERTANYAAN SILA
CALL - 013-8999-242 atau email brandonkkrentacar@gmail.com

Terima kasih