Monday, June 17, 2013

From Hong Kong with love Part 1

Assalamualaikum.

Selesai sudah our trip ke Hong Kong pada 7-10 Jun 2013. Pengembaraan yang happy dan menyeronokkan walaupun sedikit mencabar.  Sebelum pergi LCCT, sempat lagi tukar duit di ARS money changer, Masjid India bersebelahan dengan Mina Money Changer. Paling murah so far. Harga yang dorang kasi rate 39.70. Sebelum tu pergi Ampang, dapat rate 41.48 Gilos mahal. Diterbangkan dengan flight Pak Tony Fernandez, sudah tentu la Air Asia. Harga tiket return Kuala Lumpur - Hong Kong adalah RM400. Korang boleh dapat lagi murah okeh T_T


 Penerbangan pada pukul 4.40 petang. Pada hari kejadian, aku teramatlah tak sihat. Demam, batuk dan selesema. Pakej 3 penyakit tu bila pi travel, amat-amat menguji kesabaran.


Taw tak kenapa mulutku muncung sedepa, sebab masa tu busy engage dengan kak Fisah untuk book tiket ke Incheon, Korea. Boleh? Komunikasi 2 hala. 



  Sambil cakap sambil posing untuk ambil gambar. Boleh? Trip ni trip kami berlima. Adik beradik husband. Along + abg wadi, aku + husband, Saidah.


Disebabkan dah acap kali naik Air Asia, aku dah tak hairan dah nak duduk seat mana-mana. Dulu jakun jugak nak duduk tepi tingkat kan. nak seat A atau seat F. See, aku dah boleh hafal dah. Tapi kalau sesiapa ajak aku pergi Meldives, pelis la aku nak duduk tepi tingkap. hahahaha
 

Buku discover Hong Kong. Dapat masa nak beli tiket Ocean Park, Disneyland dan madam Tussauds+tram+The Peak.


Ni adalah my travel partner. Dari mula kahwin sampai la sekarang. Kami lah mastermind. Seorang tukang labur, seorang lagi tukang booking.
 

Cantik kan ciptaan-Nya
 
 Aku tak dapat tidur sepanjang 3 jam 40 minit penerbangan tu. Entah kenapa, maybe sebab makan ubat kot. Tak pun terlalu excited. -.-'

 
Bawa je camera ni tapi tak pakai pun. Bertuah -.-'


 Kami telah selamat mendarat dengan jayanya. Masa ni ingatkan dah boleh cop imigresen. Rupanya, kena naik train bawah tanah dengan kelajuan macam monorel. Eh, monorel laju tak? Kalau monorel tak laju, yang ni memang laju lah. Bawah tanah pun dapat coverage line taw bagi Hong Kong residents la. hihihihi sebab tengok ada seorang mamat ni tengah cakap telefon.


 Memasing hanya bawak back pack sajo. Dan bagasi untuk makanan. Nampak je muka aku tersenyum. Kan aku dah bilang, depan camera aku cover la. Lepas snap, berlawan-lawan bersin.


 Next, kena cop pasport. Sebelum tu kene isi borang dulu, biasa la kalau pergi mana-mana negara borang tu wajib isi dulu. Then baru la pergi kaunter imigresen. Ada 1 story tak best. Pegawai Imigresen tu sangat tak bagus attitude. Ada ke lepas cop pasport tu, dia main campak je. Haih, nasib je kat negara orang. Kalau kat negara sendiri, muka kau dah lama nak kena lempang. Boleh?


Next, ke kaunter train ticket. Kegunaannya adalah untuk menaiki train atau bas. Hanya swap sahaja. Boleh kalau tak nak beli kad ni. Kad ni fungsinya sama macam touch n go. Tapi kena la beli kat mesin tiket-tiket tu. Masa ni sempat lagi aku tanya kaunter tu, which one is better untuk pergi ke Tsim Sha Tsui? Sebab kami menginap di sana. Katanya naik bas je sebab terus sampai destinasi. Kalau naik train, kena banyak kali tukar train dan harga tiketnya lagi mahal.






Inilah kad yang aku cakapkan tadi tu. Octopus Card. Masa nak beli tu kena bayar 150hkd = RM60 . 50hkd dijadikan deposit. Nanti kita akan dapat balik 50hkd tu semasa kita nak exchange to money.




Masa ni masing-masing blur, mana nak pergi. Kanan, kiri atau terus?
 

Husband pon ber ayam-itik la dengan amoi ni. Hotel+Tsim Sha Tsui. Mujur la masing-masing faham sikit-sikit.


Lemme talk talk. hihihi


Kami stay Canada Hotel. Tapi dorang tak biasa dengar nama hotel tu.


Pak Google Maps namanya. haha


 Yeah. Akhirnya kami ke kanan. Sebab bas di sebelah kanan. hik hik


Belakang tu adalah basnya. Bas 2 tingkat. Masing-masing jakun lagi kan, semua nak naik duduk dekat seat atas. Tambang tiket dari airport ke Tsim Sha Tsui adalah 33hkd = RM13.20

Ok, sebelum terlupa. Bagi sesiapa yang menginap di Chung King Mansion, naik bas N21 kalau tak silap aku dah berhenti di no 14. Dalam bas tu akan ada paparan skrin di mana bas tu berhenti. Canggih la sistem pengangkutan dorang dari Malaysia ni. Think positive, belajar kemajuan dan teknologi mereka ok. Masa dalam bas ni menggagau jugak la mana nak cari hotel.
 

Dalam bas tu akan ada tulisan bergerak tu dalam 2 bahasa. Aku faham yang bahasa inggeris je. 


Selesa kan seat bas dorang. Oh Malaysia, tiru pelis.


Inilah bandar Hong Kong pada waktu malam. Susah sangat nak tengok rumah teres. Kebanyakannya rumah apartment. Nilai hartanah dorang sangat mahal ok. Sebab tu bila tukar duit tu rasa macam kaya, tapi bila pergi sana, ok miskin plak rasanya.





Tunggu sambungan seterusnya.
-.-"

Thursday, June 13, 2013

Hong Kong with love

Stay tune ....



Monday, June 3, 2013

Happy 2nd anniversary


love till jannah

3.6.2011 - 3.6.2013

Wednesday, March 20, 2013

Memerlukan penceramah untuk projek KIK?

Assalamualaikum.

Baru dapat panggilan dari Tuan Haji Baharin. My sifu KIK. Katanya ramai yang bagitahu beliau yang dorang banyak cari info KIK menerusi blog ni. Beliau sangat aktif dalam dunia KIK dan berpengalaman luas sehingga diiktiraf di peringkat international.


dan


Sila booking kalau nak suruh datang ke tempat masing-masing kerana beliau masih lagi terikat sebagai penjawat awam. *Kalau nak tengok tuannya, kena cari dulu la gambar. tak ingat letak kat folder mana.*  Bagi melebarkan sayap ilmu pengetahuan tentang dunia KIK ni, saya dengan ini mengumumkan  *drum roll* 
nombor telefon beliau.

 012-2835205


Tuan Haji Baharin bin Yahaya
Kastam Diraja Malaysia
Cawangan Pelabuhan Klang

Terima kasih

p/s : Bos, boleh la belanja ikan bakar Port Klang camni. huahuahauhau

Monday, March 18, 2013

MC or cuti?

wiwiwiwi. Malas sangat gayanya. Semalam ayah dah berangkat ke Madinah untuk menunaikan umrah. Ayah pergi dengan pakej Rayhar  Dalam RM 5+++. Aku tak ingat pulak specific RM. Ayah tak sihat sebenanrnya. Kelmarin baru la dia ada suara. Dah 1 minggu batuk. Asben bagitaw yang batuk ayah berdarah. Masa dia tengok keadaan ayah tu dia terus pergi kedai belikan ubat. Alhamdulillah Allah kurniakan suami yang baik hati. Sekarang asben tinggal dengan family aku. Jadi boleh la dia tengokkan mak ayah dan adik.

Hari ni aku tersangat la tak larat.Ala-ala jet-lagged gitew. Hoi,orang lain yang fly tapi ko plak yang over. iye,tak tipu. Mungkin tak cukup rehat.

ok dah la. Boring la update guna hp ni. Tak membntu langsung.

Friday, March 15, 2013

Today is Friday (TGIF)

Assalamualaikum.

TGIF? Motif sangat. hahahahahaha TGIF hanya hint untuk akak. Jumaat sudah. Kemalasan nak update blog tahap maksima. Terkadang rasa jugak nak privatekan blog . (sama la pemikiran kite kan akak) Now dah berambus adios amigos dari Putrajaya. Asben pon dah pindah kuantan sejak Januari 2013. Barang-barang dah anta balik kampung pada 24 Februari 2013. Sewa lori 5 tan, tapi kekadang nampak macam bukan 5 tan je. Putrajaya-Kuantan RM1200, tapi 1 hal plak. Lepas angkat barang tu dorang mintak tambah lagi RM200. Lari bajet aku. Kuajaqqq! Katanya duit kopi untuk polis or JPJ sebab takut kena tahan kalau dorang nak charge lebih muatan. Oh masih ada lagi rasuah di situ. Nak taknak laki aku bayar jela. Akhirat nanti ko tanggung okeh kalau ko menipu. Malas aku nak kasi no tepon dorang. 

Urusan kuarters pon dah setel. Tutup bil air dan elektrik, hantar surat akuan keluar kuarters kat BPH. Tahniah aku nak ucapkan kat SYABAS sebab tersangat la cepat service dorang. Aku closing akaun air pada 26.2.2013, then 5.3.2013 aku dah dapat balik deposit air. Dulu masa bayar deposit RM100, so dorang tolak la saki baki yang aku dah guna RM6. Dapat la aku balance deposit RM94.00, tapi kan aku tak sedar pon yang aku dah terguna duit tu dalam akaun. Patut la aku pelik semacam tetiba duit aku bertambah. Now tunggu deposit dari TNB dan BPH. 

Now dah bulan 3. Ngeri plak sebab nak masuk angka 27 ni macam perasan tua. Oh takpa, tua umur. Luaran masih muda anggun ayu jelita. Tahun ni nak masuk tahun ke-2 dah perkahwinan aku dan suami. Terasa macam baru je kawin. Ape ni? Ape ni? Geletis sangat. So hadiah ulang tahun perkahwinan tahun ni adalah trip ke Hong Kong. Yey! Semalam whatsapp dengan asben. Al-maklumlah sekarang dah PJJ (perkahwinan/percintaan jarak jauh). 

Isteri : "B, syg nak gi Hong Kong sebab nak gi Disneyland. Pastu nak jumpa Jackie Chan"
Suami : "Hahahahahahahhaha"

Aku musykil kejap. Aku melawak ke? HHmmmmmm. Nak verangan feeling-feeling baru kawin kejap.

 Love u deep deep!

 Ok dah, kang terlebih feeling menjejes lagi airmata. Dah 3 bulan berjauhan ni, ok la sikit. Kalau tak, 2 bulan pertama asyik menangis je. Haih! Petang ni nak gi amik tok kat rumah makngah. Hai tok! Tido Cheras 2 malam yeah. Sebab hari ahad ni ayah nak gi umrah. Semoga ayah selamat pergi dan balik.

Masa ni kat kuarters lagi. kenangan terakhir tok kat rumah ni. Oh belakang tu beskal encit asben. Tuannya jarang dapat main beskal. Busy katanya. Yolah tu.

Love u forever!

Wednesday, March 13, 2013

Size & fit guide

Sources : CLARKS

Children's sizes

Children's feet are not fully formed until they're in their late teens. Until then they need properly fitted shoes that give their feet room to grow healthily and happily. In the Measure and Fit section of our website you'll find all the information you need to ensure your children have well fitting shoes - whether you choose to receive expert support in store, or do it at home with out specially designed measuring and fitting kit.



Adult sizes

We offer women's styles in whole and half sizes from 3 to 9, and men's styles in whole and half sizes from 5 to 13. If you need to know how UK adult shoe sizes correspond to their European and US counterparts, the tables at the bottom of this page may help.
Width fittings

The width of your feet is as important as the length when it comes to finding the right pair of shoes.

Womens                  Mens
D (Standard)           - F (Narrow)
E (Wide)                 - G (Standard)
EE (Extra Wide)      - H (Wide

European sizes

UK Size European Size
3 35½
3½ 36
4 37
4½ 37½
5 38
5½ 39
6 39½
6½ 40
7 41
7½ 41½
8 42
8½ 42½
9 43
9½ 44
10 44½
10½ 45
11 46
11½ 46½
12 47
12½ 47½
13 48
13½ 49
14 50
14½ 51

American sizes

UK Mens Size US Mens Size
3 3½
3½ 4
4 4½
4½ 5
5 5½
5½ 6
6 6½
6½ 7
7 7½
7½ 8
8 8½
8½ 9
9 9½
9½ 10
10 10½
10½ 11
11 11½
11½ 12
12 12½
12½ 13
13 13½
13½ 14
14 14½
14½ 15       
UK Womens Size US Womens Size
3 5
3½ 5½
4 6
4½ 6½
5 7
5½ 7½
6 8
6½ 8½
7 9
7½ 9½
8 10
8½ 10½
9 11