Showing posts with label BAHARIN KASTAM. Show all posts
Showing posts with label BAHARIN KASTAM. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

Mentor KIK

Assalamualaikum w.b.h.

Alhamdulillah. Permulaan yang baik untuk 2015. Setelah sekian lama saya tidak bersua muka dengan mentor KIK saya. Alhamdulillah sekali lagi saya telah diberi peluang untuk berkongsi ilmu mengenai siapa mentor saya dalam bidang KIK.



Tuan Haji Baharin merupakan sifu/mentor/sahabat saya dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Penglibatan beliau dalam bidang KIK seantero dunia. Seorang pesara dan merupakan mantan staff di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Kejayaan demi kejayaan dalam bidang KIK diraih sama ada di dalam mahupun di luar negara. Pencapaian terbesar beliau adalah penerima pertama Anugerah Mentor KIK Malaysia 2014 yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia bersama seorang wakil dari PBT dan seorang lagi wakil dari SUK. Hanya mereka yang layak sahaja akan diiktiraf sebagai mentor KIK. 

Beliau telah menerima 5 pengiktirafan hanya dalam bidang KIK.


  1. Penerima Fasilitator Terbaik peringkat Kebangsaan pada tahun 1999
  2. Anugerah PPT dari DYMM Sultan Selangor pada tahun 2004
  3. Tokoh KIK dari Ketua Pengarah Kastam pada tahun 2009
  4. Anugerah WCO dari Jepun oleh Menteri Kewangan pada 26.01.2010
  5. Anugerah Mentor KIK peringkat Kebangsaan pada 04.12.2014
Beliau telah mempunyai syarikat khususnya untuk pembelajaran dalam bidang KIK

KIK CEKS KONSULTANSI
SSM NO-SA315620-W

NO TELEFON : 012-283 5205 & 019-330 1940


Jadi tidak perlu ragu-ragu lagi tahap kepakaran dan pengalaman beliau membuat projek KMK/KIK/inovasi selama 25 tahun. Saya diberi keizinan oleh beliau untuk mewar-warkan jika tuan/puan memerlukan khidmat sifu/pakar rujuk/mentor untuk kumpulan KIK di jabatan tuan/puan. Perluas dan permudahkan ilmu untuk manfaat bersama. adakah kita memerlukan seorang mentor dalam menjalankan projek KIK? Ya!

Tujuan sistem mentor ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada setiap kumpulan untuk mendapat bimbingan dan tunjuk-ajar dengan lebih terpeinci dari setiap mentor yang dikhaskan untuk setiap kumpulan. Walau bagaimana pun, kumpulan adalah bebas untuk mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan dari mentor-mentor yang lain (dan sebaliknya mentor-mentor yang lain juga boleh memberi tunjuk ajar kepada kumpulan yang lain) mengikut kesesuaian. Berikut adalah beberapa paparan di blog saya tentang beberapa tips dan garis panduan dalam menjalankan projek KIK.





Saya doakan semoga Tuan Haji Baharin diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dalam mengembangkan ilmu pengetahuan tentang dunia KIK. Dan tak lupa juga saya halalkan dunia akhirat ilmu KIK yang saya kongsikan bersama. Terima kasih. 

Wednesday, March 20, 2013

Memerlukan penceramah untuk projek KIK?

Assalamualaikum.

Baru dapat panggilan dari Tuan Haji Baharin. My sifu KIK. Katanya ramai yang bagitahu beliau yang dorang banyak cari info KIK menerusi blog ni. Beliau sangat aktif dalam dunia KIK dan berpengalaman luas sehingga diiktiraf di peringkat international.


dan


Sila booking kalau nak suruh datang ke tempat masing-masing kerana beliau masih lagi terikat sebagai penjawat awam. *Kalau nak tengok tuannya, kena cari dulu la gambar. tak ingat letak kat folder mana.*  Bagi melebarkan sayap ilmu pengetahuan tentang dunia KIK ni, saya dengan ini mengumumkan  *drum roll* 
nombor telefon beliau.

 012-2835205


Tuan Haji Baharin bin Yahaya
Kastam Diraja Malaysia
Cawangan Pelabuhan Klang

Terima kasih

p/s : Bos, boleh la belanja ikan bakar Port Klang camni. huahuahauhau

Sunday, May 8, 2011

Garis Panduan Projek KIK

Kredit to Tuan Haji Baharin bin Yahaya PPT Kastam Diraja Malaysia Negeri Selangor  atas tunjuk ajar yang beliau berikan.

Tips untuk membuat rangka projek KIK.

Projek KIK

1. Pilih Tajuk Projek
  • Core Business
  • Mampu Dilaksanakan
  • Beri Faedah
  • Persetujuan Bos
  • Cadangan Penyelesaian Terbaik/Inovasi/Kreatif
2. Wajib Ada
  • Data sejarah
  • Fakta-fakta lepas
3. Selari Hala Tuju Jabatan/Kerajaan
  • Visi & misi
  • Dasar Q Jabatan
  • Dasar Jangka Panjang
4. Pilih Tajuk : Guna Tools (Maximum 3 minimum 1)
  • Force Ranking
  • SMART
  • SWOT
  • Analisa Matrik
  • Analisa Faedah
  • Pareto
  • Pro & Kontra
  • Dan lain-lain tools
5. Penjelasan Tajuk (mestilah berkaitan dengan projek agar selari. Jangan terlalu ikut kamus dewan bahasa)
  • Definisi Perkataan Tajuk
  • Kaedah 5W 1H
  • Latar Belakang Projek
  • Methology
  • Kronology
6. Analisa Punca-punca Masalah (buat masa ni Rajah Ishikawa is the best)
  • Rajah Afinity
  • Rajah Hubung Kait
  • Rajah Ishikawa
  • Peta Minda
  • Verifikasi
7. Semakan Data Semasa
  • Soal Selidik
  • Buku Rekod
  • Kes-kes Aduan
  • Lembaran Semak
  • Jadual Kumulatif
8. Bentuk Data-data Sebelum
  • Rajah Turus
  • Rajah Silinder
  • Graf
  • Rajah Pareto
  • Run Chart
  • Histogram
  • Rajah Kein
9. Objektif Projek
  • Perkataan
  • Bentuk Bilangan Yang Boleh Diukur
10. Sasaran Projek : Boleh Guna Salah Satu Tools **Kesimpulannya hanya guna peratusan sahaja**

  • Pro & Kontra
  • Data Sejarah
  • Bench Mark
  • Piagam Pelanggan
  • Arahan Pihak Atasan
  • Prinsip Pareto 80/20
  • KPI
11. Tema Projek
  • Hala Tuju Projek Yang Dilaksanakan
12. Cadangan Penyelesaian/Pembetulan/Penambahbaikan
  • Pro & Kontra
  • SWOT
  • SMART
  • Three Diagram
  • Blue Ocean Strategy
13. Pelan Tindakan Uji Cuba
  • Langkah-langkah Yang Akan Dilaksanakan
  • Rajah - setiap perkara yang akan dilaksanakan
  • Pelan Pembangunan Sesuatu Sistem
14. Pelan Tindakan Uji CUba/Uji Rintis/Try Runs/pilot Project/Uji Lari
  • 5W 1H
  • Langkah yang Ditentukan
  • Lokasi/Tempat/Gambar
15. Semakan Data-data Selepas
  • Lembaran Semakan
  • Soal Selidik
  • Jadual Kumulatif Selepas
16. Pembentukan Rajah-rajah Selepas
  • Carta Turus
  • Carta Silinder
  • Carta Kon
  • Pareto
  • Graf
  • Carta Aliran Kerja
  • Rajah Radar
  • Indicator
  • Dan lain-lain
17. Formula Pencapaian Rajah

      JKSD - JKSL  x  100
             JKSD

18. Pencapaian Objektif Projek
  • Kes sebelum x peratus pencapaian - kes sebelum =
19. Perbandingan Sebelum dan Selepas
  • Apa-apa rajah yang digunakan
20. Pencapaian Hasil Projek
  • Penggunaan Kos
  • Penggunaan Masa
  • Hasil Kerja
  • Penggunaan Sumber Manusia
21. Faedah-faedah Lain
  • Kepuasan Hati Pelanggan
  • Kepuasan Hati Pekerja
  • Imej Jabatan
22. Sumbangan Projek
  • Sumbangan yang besar dalam jabatan
  • Sumbangan yang besar kepada negara
22. Analisa Kos Faedah
  • Penurunan Kos
  • Nisbah yang diperolehi
23. Auditan Faedah-faedah Projek
  • Permohonan
  • Proses Audit
  • Perakuan
24. Bench Marking
  • Lawatan
  • Gambar
  • Laporan
25. Tindakan Penyeragaman
  • Peringkat bahagian / negeri
  • Peringkat negara / malaysia
26. Tindakan Susulan
  • Proses pemantauan berterusan
  • Pindaan FM/MPK/PP/MS ISO/KPI
  • SSR
27. Penilaian Ahli Kumpulan
  • Indicator Sebelum/Selepas
  • Carta radar
  • Graf
28. Kelemahan
  • Diatasi
29. Pembelajaran kumpulan/ahli

30. Kesimpulan
  • Pelaksanaan Projek
  • kesannya
31. Penghargaan

Ok, kesemua 1-31 adalah point-point penting dalam melaksanakan sesuatu projek KIK.
Harap dapat jadi panduan yang berguna kepada semua peserta KIK.
War-warkan ilmu yang diperolehi agar berpanjangan pahalanya.